• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / APAD Batal Lesen Pengendali Syarikat Bas Persiaran Terlibat Nahas di Genting Highlands

APAD Batal Lesen Pengendali Syarikat Bas Persiaran Terlibat Nahas di Genting Highlands

July 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan pihaknya mengambil tindakan membatalkan lesen pengendali sebuah syarikat susulan insiden kemalangan bas persiaran di Genting Highlands, Bentong di Pahang pada 29 Jun lalu.

Pengumuman menerusi kenyataan itu diambil selepas siasatan APAD mendapati syarikat tersebut tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang ditetapkan.

Kenyataan akhbar menyatakan:

APAD memandang serius insiden kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran membawa pelancong warganegara China seramai 18 orang, seorang pemandu pelancong dan dua orang pemandu di KM16.6 Jalan Genting Highlands, daerah Bentong, Pahang pada 29 Jun 2024.

"APAD melalui Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) pada 9 Julai lalu memutuskan untuk membatalkan lesen pengendali Syarikat M. Kumar Trans Tour Sdn. Bhd. termasuk apa-apa permit kenderaan syarikat yang telah dikeluarkan APAD serta-merta atas kesalahan: Gagal mematuhi syarat lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan pemanduan secara berbahaya.

Semakan dengan agensi berkaitan juga mendapati syarikat ini turut mempunyai rekod saman lampau yang tinggi. Ditegaskan sebarang transaksi berhubung dengan lesen pengendali bagi syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan berkuatkuasa serta-merta."

APAD menegaskan pendirian tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya.

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bas kemalangan genting highlands, Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL), Syarikat M. Kumar Trans Tour Sdn. Bhd.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my