• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baucar Percutian RM10k Menanti Pemilik Mitsubishi Xpander ke-40,000!

Baucar Percutian RM10k Menanti Pemilik Mitsubishi Xpander ke-40,000!

July 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mengumumkan satu kempen ganjaran khas sempena meraikan kejayaan syarikat itu mencipta rekod baharu pengeluaran ke-40,000 unit kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander.

Kempen istimewa itu diadakan untuk mencari pembeli Xpander ke-40,000 yang berpeluang memenangi hadiah ganjaran utama berupa baucar percutian bernilai RM10,000 dengan destinasi percutian dipilih sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata;

Perjalanan kami di Malaysia cukup menarik dan kejayaan mencapai jualan ke-40,000 unit Xpander adalah bukti kepercayaan dan kesetiaan pelanggan.

"Sejak pengenalan Xpander di jalan raya Malaysia pada 2020, MPV pemasangan tempatan itu secara konsisten membuatkan pelanggan tertawan dengan rekaan bergaya, pengendalian dan daya pemanduan terbaik."

Malah Mitsubishi Xpander turut mengekalkan kedudukan nombor satu dalam ranking MPV Bukan Nasional Malaysia sepanjang enam bulan pertama tahun ini (Januari-Jun 2024).

Rangkaian pengedar rasmi MMM seluruh negara juga akan menganjurkan acara pameran yang mempelawa orang ramai mengunjungi premis Mitsubishi bermula 13-28 Julai ini, bermula 10 pagi hingga 4 petang.

Pengunjung juga dapat menikmati bonus dan rebat khas disediakan. Maklumat acara boleh layari pautan ini Roadshow MMM, manakala maklumat lanjut boleh layarilaman web rasmi MMM atau media sosial rasmi.

Tempahan model Mitsubishi pula boleh dibuat di sini.

Related

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Xpander, Shinya Ikeda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my