• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suami, Isteri Ditahan Cuba Seludup Keluar 75 Liter Petrol ke Thailand

Suami, Isteri Ditahan Cuba Seludup Keluar 75 Liter Petrol ke Thailand

July 10, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PASUKAN penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KPDN) Kelantan menahan sepasang suami isteri kerana disyaki cuba menyeleweng kira-kira 75 liter petrol bersubsidi ke negara jiran.

Maklumat risikan diterima menyatakan sebuah kenderaan disyaki menggunakan tangki diubah suai sedang mengisi petrol di kawasan Wakaf Bharu, Pasir Pekan di Tumpat untuk tujuan penyelewengan.

Kenderaan jenis Perodua Kenari itu kemudian dikesan diparkir di depan sebuah kediaman di Kg Dusun Langgar, Wakaf Bharu.

Serbuan jam 11 pagi kelmarin menemukan seorang wanita dan lelaki warga tempatan berada dalam kenderaan tersebut. Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan bernombor pendaftaran tempatan itu mendapati tangki minyak sudah diubah suai dengan isian petrol melebihi kuantiti asal.

Pasangan itu juga gagal mengemuka sebarang lesen atau permit atau surat kuasa berkait pemilikan petrol yang dibawa bersama tersebut.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku memiliki anggaran 75 liter petrol yang diisi ke dalam tangki minyak diubah suai untuk tujuan penyelewengan ke negara jiran. Kenari bersama petrol 75 liter itu kemudian disita.

Pasangan suami isteri turut ditahan dan kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dan petrol dianggarkan bernilai RM5,175.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, KPDN Kelantan, Perodua Kenari, seludup petrol RON95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev