• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat BYD Buka di Hartamas Shopping Centre, Tawar Pengalaman Komprehensif

Pusat BYD Buka di Hartamas Shopping Centre, Tawar Pengalaman Komprehensif

July 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

4
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARMONY Auto membuka pusat BYD pertama di Pusat Beli-Belah Hartamas (Hartamas Shopping Centre) di Kuala Lumpur untuk menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggan serta membolehkan pengunjung mengenali jenama kenderaan elektrik (EV) secara dekat.

Premis dengan keluasan kira-kira 8,000 kaki persegi itu merangkumi ruang pameran, tempat istirahat, bilik perbincangan dan ruang serahan kenderaan kepada pemilik baharu.

Harmony Auto ialah kumpulan pengedar automotif di China yang memberi tumpuan terhadap penjualan kenderaan mewah dan ultra-mewah. Firma itu turut mengendalikan beberapa cawangan jualan dan perkhidmatan kenderaan tenaga baharu di
Hong Kong, Asia Tenggara, Australia, Jepun dan negara Asia Pasifik lain.

Ada enam ruang parkir disediakan untuk pemilik kenderaan BYD termasuk empat stesen pengecas disediakan di luar pusat berkenaan. Buat masa ini, model kenderaan BYD yang ditawarkan di Malaysia ialah Atto 3, Dolphin dan Seal.

Untuk menjadikan premis itu berstatus pusat 3S, Harmony Auto akan menyiapkan pusat servis dan alat ganti di lokasi sama menjelang suku keempat tahun ini.

Presiden BYD Asia Pasifik BYD, Liang Xinyue berkata:

Pembukaan BYD Hartamas di dalam pusat beli-belah memperlihatkan momentum baharu untuk memperkenalkan kembara mesra alam di Malaysia."

Pada majlis perasmian cawangan itu, Harmony Auto turut menyerahkan lebih 10 unit kereta BYD kepada pelanggan.

byd hartamas harmony auto - 12
byd hartamas harmony auto - 6
byd hartamas harmony auto - 1
byd hartamas harmony auto - 2
byd hartamas harmony auto - 9
byd hartamas harmony auto - 10
byd hartamas harmony auto - 17
byd hartamas harmony auto - 16
byd hartamas harmony auto - 15
byd hartamas harmony auto - 14
byd hartamas harmony auto - 13
byd hartamas harmony auto - 4
byd hartamas harmony auto - 5
byd hartamas harmony auto - 7
byd hartamas harmony auto - 8
byd hartamas harmony auto - 3

Related

4
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, BYD, Harmony Auto, Liang Xinyue, Pusat Beli-Belah Hartamas (Hartamas Shopping Centre), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev