• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Pilih Thailand Jadi Hab Pengeluaran EV Asean, Kilang Baharu Bakal Eksport ke Pasaran Luar

BYD Pilih Thailand Jadi Hab Pengeluaran EV Asean, Kilang Baharu Bakal Eksport ke Pasaran Luar

July 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD membuka kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Thailand sebagai fasiliti pertama syarikat itu di Asean.

Thailand kini ialah pasaran EV yang paling pantas berkembang di Asia Tenggara, dengan BYD menjadi pemain dominan dalam segmen EV di negara jiran itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BYD, Wang Chuanfu (foto atas) dalam ucapan perasmian berkata;

Thailand ada visi jelas mengenai EV dan sedang menuju ke era baharu pembuatan automotif. Kami akan bawa teknologi dari China ke Thailand.”

Kilang BYD itu adalah sebahagian pelaburan bernilai lebih AS$1.44 bilion (RM6.78 bilion) daripada pengeluar EV China yang memilih Thailand sebagai lokasi mendirikan fasiliti masing-masing dengan mendapat inisiatif Kerajaan Bangkok menerusi insentif cukai dan subsidi.

Thailand pernah mengumumkan rancangan memiliki 30 peratus EV (750,000 unit) daripada jumlah pengeluaran tahunan (TIV) 2.5 juta kenderaan menjelang 2030.

Sebagai makluman, Thailand ialah hab pemasangan dan eksport kenderaan yang sekian lama didominasi pengeluar dari Jepun seperti Toyota Motor, Honda Motor dan Isuzu Motors.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pelaburan Thailand, Narit Therdsteerasukdi menjelaskan:

BYD menggunakan Thailand sebagai hab pengeluaran untuk eksport ke Asean dan negara lain.”

Rancangan membina kilang itu pernah diumumkan dua tahun lalu dengan pelaburan AS$490 juta (RM2.3 bilion) dan memiliki kapasiti pengeluaran 150,000 unit kenderaan setahun, termasuk kenderaan hibrid plug-in (PHEV).

Pengurus Besar Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang menambah;

Kami juga akan melakukan pemasangan bateri dan komponen penting lain di sini.”

Kilang di daerah Rayong itu akan membuka kira-kira 10,000 peluang pekerjaan, dan  antara model yang menunggu pemasangan ialah BYD Dolphin.

kilang-byd-thailand-1
kilang-byd-thailand-8
kilang-byd-thailand-3
kilang-byd-thailand-4
kilang-byd-thailand-5
kilang-byd-thailand-6
kilang-byd-thailand-7
kilang-byd-thailand-2

SUMBER: CNA | Reuters

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, BYD, Kenderaan Elektrik (EV), Liu Xueliang, Narit Therdsteerasukdi, Roda4, Thailand, Wang Chuanfu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev