• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Toyota Cipta Ketuhar Batu Hidrogen Pertama di Dunia

#TahukahAnda: Toyota Cipta Ketuhar Batu Hidrogen Pertama di Dunia

July 4, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


GERGASI autonotif di Jepun, Toyota mencipta ketuhar batu kuasa hidrogen pertama dunia hasil kerjasama dengan syarikat perkakasan gas, Rinnai sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS).

Sepanjang pameran berlangsung, kebanyakan pengunjung yang hadir, terutama kanak-kanak dihidangkan makanan seperti pizza dan croissant yang dibakar menggunakan ketuhar hidrogen itu.

Toyota juga menjelaska ln hidrogen mempunyai suhu pembakaran tinggi dan membantu memasak lebih laju malah hidangan juga akan dimasak sempurna apabila terkena wap yang terhasil daripada gabungan oksigen.

Hasil kejayaan ini turut mendorong kepada penghasilan produk tambahan seperti periuk, gril, dan kamado berkuasa hidrogen yang kemudiannya digunakan dalam pelbagai aktiviti sukan permotoran yang disokong oleh Toyota.

toyota-s-hydrogen-powered-griller
toyota-s-hydrogen-powered-kamado

Berikut antara produk makanan yang dibuat oleh jenama kereta lain:

  • Sosej Currywurst (Volkswagen)
  • Madu (Bentley)
  • Pengisar Lada (Peugeot)

Sementara itu, Toyota juga mengakui bahawa harga penggunaan hidrogen dalam sesuatu produk adalah sangat tinggi termasuk kereta hidrogen, Toyota Mirai yang dianggap tidak berjaya dar isegi jualan dan permintaan orang awam.

Bagaimanapun, kegagalan itu tidak memusnahkan harapan mereka untuk menghasilkan prototaip GR Yaris H2 dan GR Corolla H2.

Pada masa ini, Toyota dan BMW sahaja yang percaya bahawa kenderaan bahan api hidrogen mampu bersaing dalam industri automotif akan datang.

SUMBER: motor1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ketuhar Hidrogen Toyota, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev