• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Koenigsegg Jesko Absolut Pecah Rekod 0-400kmj, Catat Empat Rekod Baharu!

Koenigsegg Jesko Absolut Pecah Rekod 0-400kmj, Catat Empat Rekod Baharu!

July 3, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PERTANDINGAN pecutan 0-100kmj boleh diserahkan pada kereta kebanyakan dan bukan kereta hiper yang biasanya bertarung dalam liga 400kmj.

Terbaharu Koenigsegg Automotive mengumumkan memecah rekod peribadi 0-400kmj dan hingga 0kmj (0-400-0kmj) pada 27 Jun lalu di landasan udara di Örebro, Sweden.

Di lokasi sama pada 2023, Koenigsegg Regera mencatat rekod masa 28.81 saat. Rekod terbaharu pula, Koenigsegg Jesko Absolut dipandu pemandu uji pengeluar itu, Markus Lundh.

Jesko Absolut direka untuk kelajuan laluan lurus dengan dilengkapi dua sirip berbanding sayap lebar di belakang pada Jesko.

Perincian juga berbeza dengan bahagian depan (frontal area) lebih kecil, liang terhad dan tersasar untuk pelepasan udara tekanan tinggi dan tanpa komponen aerodinamik aktif bagi meminimumkan seretan. Hasilnya, Jesko Absolut berada dalam kelompok kereta hiper dengan kadar seretan terendah, Cd 0.278.

Berikut perincian Koenigsegg Jesko Absolut:

  • Dijana enjin 5.0L V8 turbo kembar berkuasa 1,280hp @ 7,800rpm atau 1,600hp dengan bahan api E85.
  • Daya tork 1,000Nm @ 2,700-6,100rpm atau maksimum 1,500Nm @ 5,100rpm.

Berapakah masa dicatatkan untuk rekod 0-400-0kmj? 27.83 saat! Hampir sesaat penuh berbanding rekod Regera pada 2023.

Dengan hanya satu pecutan pegun hingga 412kmj dan kembali ke sifar, Jesko Absolut mencatat empat rekod baharu dunia untuk kereta homologasi penuh dan pengeluaran standard.

Rekod Koenigsegg Jesko Absolut

  • 0-400-0kmj: 27.83 saat
  • 0-400kmj: 18.82 saat
  • 0-402kmj (250bsj)-0kmj: 28.27 saat
  • 0-402kmj (bsj): 19.20 saat

Keadaan dan Kereta

Percubaan atau pecutan dilakukan pada awal pagi Khamis, 27 Jun 2024 di landasan udara Örebro, Sweden. Percubaan awal dibuat sehari sebelum, tetapi situasi udara ambien dan suhu litar lebih tinggi.

Pada jam 5 pagi Khamis, barulah situasi udara ambien dan suhu litar lebih rendah dengan angin tenang dan kondisi sempurna dapat dicapai untuk rekod baharu dunia.

Jesko Absolut yang digunakan dalam keadaan standard dengan bahan api E85 dan tayar standard Michelin Pilot Sport Cup2 R.

Satu-satunya pengubahsuaian dibuat ialah rangka keselamatan untuk perlindungan pemandu dan kerusi Koenigsegg  One:1. Data dirakamkan komponen pemasaan standard industri daripada Racelogic dan disahkan ibu pejabat Racelogic di Britain.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Hyper Car, Kereta Hiper, Koenigsegg, Koenigsegg Jesko, Koenigsegg Jesko Absolut, Rekod 0-400kmj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my