JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Negeri Sembilan mengeluarkan 6,396 saman sepanjang Op Pematuhan Peraturan Lalulintas di negeri berkenaan dalam tempoh 26 hari.
Polis Negeri Sembilan dalam kenyataan menyatakan operasi tersebut diadakan bermula 5 Jun hingga 30 Jun lalu bertujuan mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap semua pengguna jalan raya untuk mendidik dan memberi kesedaran.
PECAHAN SAMAN
- 2,917 saman halang lalu lintas
- 642 saman abai isyarat lalu lintas
- 440 saman lesen memandu
- 359 saman tidak pakai helmet
- 278 saman nombor pendaftaran
- 258 saman LKM tamat tempoh
- 255 saman langgar lampu isyarat merah
- 193 saman tiada cermin sisi
- 163 saman tidak pakai tali keledar
- 115 saman ubah suai ekzos
- 109 saman tidak pamer 'L'/'P'
- 670 lain-lain kesalahan
JUMLAH PEMERIKSAAN SEPANJANG OPERASI
- 4,226 orang diperiksa
- 6,420 kenderaan diperiksa
Leave a Reply