ACARA permotoran Art of Speed (AOS) 2024 bakal kembali di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor selama dua hari, bermula 27 Julai ini.
AOS 2024 kali ini melibatkan ruang pameran lebih luas, iaitu ruang tertutup seluas 452,084 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar.
WAKTU ACARA
AOS 2024 berlangsung pada hujung minggu ketiga Julai ini iaitu:
- 27 Julai: 10 pagi hingga 7 malam
- 28 Julai: 10 pagi hingga 7 malam
TIKET
- Pas hujung minggu AOS 2024: RM35 (boleh dibeli depan pintu dan atas talian)
- Kanak-kanak bawah umur 12 tahun: Percuma
- Pemegang pas OKU: Percuma
- Tiket parkir valet VIP: RM30. Pengunjung boleh letak kereta di aras bawah Dewan D dan sah untuk kemasukan sehari, tidak termasuk yuran proses RM3.
CABUTAN BERTUAH
- Cabutan bertuah akan diadakan pada Ahad dengan hadiah hasil kolaborasi AOS x QARTEL TV. Seorang pemegang tiket akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah berupa seunit kereta 'moden' Honda yang sudah menjalani fasa modifikasi.
APA YANG BAHARU KALI INI?
- SoundCircus Takeover diadakan dalam Dewan A, bukan lagi di luar. Ada persembahan kugiran muzik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan dan 53 Universe. Tiket boleh didapati di sini.
- AOS akan berkolaborasi dengan Selangor FC (SFC) untuk menyokong kempen Stop The Violence.
- Jualan motosikal bawah 500cc Komuniti Moto4sale.
- Kolaborasi AOS dengan IGL Coatings untuk pameran coating edisi terhad motosikal.
- AOS mengadakan empat kolaborasi jenama iaitu Art of Speed x Zippo, Art of Speed x Von Dutch (baju kerja dan topi), Art of Speed x Selangor FC dan Art of Speed x MOONEYES.
- AOS Invitational Build-Off dengan 10 pembina khas berpeluang merebut hadiah tunai dan menghantar motosikal kustom ke acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun. Ini termasuk:
- Abah & Sons (Padin Musa)
- Nodie Cycles
- Acid Welding
- Zuhalfast
- RGF
- Flying Loser
- Chaos Customs
- FNG Works
- Son of Abdul
DEWAN A
- Kustom & Koffee Talk bermula jam 3.30 petang Sabtu untuk perbincangan trend terkini dalam industri motosikal dan automobil.
- Show & Shine menampilkan kereta diubah suai dan modifikasi motosikal. Pemenang Best of Show akan ke The 32nd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2024 ini.
- SoundCircus Takeover
DEWAN C
- 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia. Lebih banyak aktiviti disediakan seperti:
- Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles
- Hot Wheels Skate School
- Hot Wheels Swap Buy And Sell
- Pertandingan Kustom Hot Wheels
- Pelancaran die-cast eksklusif konvensyen dengan Pengurus Pereka Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance
- NEAT Fest dengan pameran kereta modifikasi terpilih dari seluruh negara.
- Off The Grid dengan paparan gaya hidup outdoor.
- Hail Vintage dan Streetware Con.
KAWASAN TERBUKA
- Outdoor ThunderCircus 'Brotherhood Rally' untuk penunggang dan peminat motosikal serta mega ride-in serta perhimpunan kumpulan motosikal dari sekitar Asean.
ANTARA TETAMU ISTIMEWA AOS 2024
- Shige Suganuma, Shinotsuka 'NATQQ' Michihisa dan Hey Murakamii dari MOONEYES
- Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing - ikon drift Jepun
- Katie’s Customs Jepun
- Masato Ikemori dari STOOP Motorcycles (Jepun)
- Minato Yamamoto dari EVILACT (Jepun)
- Nigel Petrie dari Engineered To Slide (Australia)
- Spinny (Thailand)
- Little Boy Cycles (Thailand)
- Dino Dalle Carbonare dan Alexander Iain dari Speedhunters.com
- Masashi Tasaki dari ONE LOW (Jepun)
- Tengku Djan Tengku Mahaleel (Malaysia)
- Makoto dari Makoto M&K Custom Signs
Leave a Reply