• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT, JPJ Tambah Baik Sistem dan Proses Pendaftaran VEP

MOT, JPJ Tambah Baik Sistem dan Proses Pendaftaran VEP

July 1, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepakat melaksanakan penambaikan terhadap sistem dan proses pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk kenderaan asing yang akan berkuat kuasa 1 Oktober 2024.

Berikut penambahbaikan utama yang dilaksanakan:

  • Pembatalan pendaftaran (deregistration) VEP boleh dibuat atas talian, termasuk kenderaan yang bertukar milik.
  • Pembatalan automatik bagi VEP tamat tempoh, iaitu lima tahun daripada tarikh pendaftaran.
  • Pembaharuan VEP boleh dibuat secara atas talian tanpa menunggu tag VEP sedia ada tamat tempoh
  • Notifikasi akan dihantar kepada pemilik kenderaan dalam masa 60 hari, 20 hari, dan 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh VEP.

Selain itu, ada beberapa fungsi baharu dalam portal VEP bagi meminimum keperluan berurusan secara e-mel atau di kaunter bermula 28 Jun 2024.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, jumlah anggota untuk mengurus pertanyaan e-mel ditambah daripada lima kepada 15 orang, manakala staf Pusat Pengumpulan VEP (VCC) juga ditambah daripada tujuh kepada 12 orang.

Kerajaan juga akan memperkenalkan sistem bayaran tol terbuka (Open Toll Payment, OPS) bagi membolehkan penggunaan kad kredit dan debit sebagai pilihan tambahan kepada Touch N' Go untuk pembayaran caj jalan raya (road charge, RC) bermula 1 Ogos nanti.

Pengguna juga disarankan memuat turun aplikasi MDGS melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), Permit Masuk Kenderaan (VEP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my