• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Beginilah Cara PanduLaju Menang Cabaran Jimat Minyak Nissan Almera Turbo!

#PanduUji: Beginilah Cara PanduLaju Menang Cabaran Jimat Minyak Nissan Almera Turbo!

July 1, 2024 By Azhan O Leave a Comment

816
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Nissan Almera 1.0L Turbo sejak 2020 dalam tiga varian: VL, VLP dan VLT.

ETCM pada 22 Jun lalu menganjurkan cabaran Nissan Lightfoot Quest 2024 untuk menguji tahap kecekapan bahan api Nissan Almera 1.0L Turbo dari pusat Nissan 3S Flagship Store di Petaling Jaya , Selangor ke Ipoh, Perak dengan jarak perjalanan sejauh 203km.

PEMILIK VS MEDIA, SIAPA JUARA?

Cabaran ini membabitkan dua kategori, iaitu Pemilik dalam kalangan pemilik Almera 1.0L Turbo sendiri, dan juga kategori Media yang mana kami di PanduLaju turut menghantar wakil untuk cabaran ini.

Pemenang dalam kategori Pemilik diraih Muhammad Nifail Basri dari Kuala Lunpur dengan catatan penjimatan bahan api 28.61km perliter menerusi penggunaan 7 liter petrol sahaja, mengatasi 20 permilik Almera lain.

Kategori Media pula dimenangi wakil PanduLaju, Abang Gan dan hos Tik Tok kami, Muhammad Sharil Tarmize dengan penjimatan bahan api 28.20km perliter , sekali gus membuktikan Nissan Almera Turbo ini memang cekap bahan api walaupun dipandu mereka yang tidak biasa dengan sedan segmen-B itu.

SYARAT CABARAN

Dalam cabaran Nissan Lightfoot Quest 2024, antara tetapan dibuat adalah:

  • Semua kereta adalah standard tanpa diubah suai keluaran 2020-2024.
  • Memiliki kelengkapan dan aksesori standard penuh seperti kerusi, pintu dan tayar ganti.
  • Mesti ada seorang penumpang atas 18 tahun ke atas.
  • Peserta tidak dibenarkan tukar suhu penyaman udara, ditetapkan pada 19°C, manakala tetapan angin (blower) diset pada tahap tiga. Jadi memang tiada peluang hendak guna trik tutup penyaman udara. 😭
  • Petrol pula siap diisi penuh sebelum bertolak, dan sekali lagi diisi penuh (dengan tiga kali klik nozel) sebelum catatan penggunaan bahan api dikira apabila tiba di stesen minyak BHPetrol, Bandar Seri Botani, Ipoh.
  • Cabaran mesti dilengkapkan dalam masa tiga jam. Lebih tiga jam dikira batal.

STRATEGI PANDULAJU

Antara strategi yang kami gunakan adalah memandu dalam halaju perlahan dengan mengekalkan pemanduan di lorong kiri sepanjang perjalanan. Ini termasuk mengekalkan had rev (RPM) di bawah 2,000rpm.

Mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) R101, Nissan Almera 1.0L Turbo mampu mencatatkan penjimatan hingga 18.4km perliter.

Nampaknya kami berjaya mengatasi angka tersebut dengan catatan 27.1km perliter dengan penggunaan petrol RM14 sahaja. Ini jauh mengatasi angka dicatatkan dalam NEDC R101. Memang jimatkan?

Tahniah kepada semua pemenang, termasuk PanduLaju! Hehehe.

KATEGORI PEMILIK

  • PERTAMA: Muhammad Nifail Basri 28.61km/liter - RM1,500 + baucar BHPetrol RM1,500
  • KEDUA: Simon Wong Hong Liang 27.31km/liter - RM1,000 + baucar BHPetrol RM1,000
  • KETIGA: Matthew A/L Alexander 27.14km/liter - RM500 + baucar BHPetrol RM500
  • SAGU HATI:
    • Mohd Hafizuddin Mohd Noor 27.03km/liter - RM100 + baucar BHPetrol RM200
    • Muhammad Adib Mat Isa 27.02km/liter Saguhati: RM100 + baucar BHPetrol RM200
    • Hooi Zhao Hong 26.76km/liter - RM100 + baucar BHPetrol RM200
    • Jason Cheong Mun Heng 26.28km/liter - RM100 + baucar BHPetrol RM200
    • Teh Seong Yee 26.28km/liter - RM100 + baucar BHPetrol RM200

KATEGORI MEDIA

  • PERTAMA: Gan Yong Li/Muhammad Sharil Tarmize (Pandulaju.com.my) 28.20km/liter - RM700 + baucar BHPetrol RM800.
  • KEDUA: Foong Chin Yen/Faisal Ariff Fadzil Wapcar.my 27.15km/liter - RM500 + baucar BHPetrol RM500.
  • KETIGA: Ahmad Syukran Zainuddin/Erywan Nor Shal (Mekanika.com.my) 26.60km/liter - RM300 + baucar BHPetrol RM200.

TENTANG NISSAN ALMERA TURBO

Dilengkapi teknologi inovasi Nissan Intelligent Mobility dan ciri bantuan pemandu Nissan Safety Shield 360, yang menjadi antara model sedan-B tercanggih di pasaran.

Antara ciri bantuan pemanduan diberikan adalah:

  • Sistem Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW) dan Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB) - Standard semua varian,
  • Tambahan Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan kamera 360° Sistem Monitor Pandang Keliling Pintar (IAVM) dengan Pengesan Objek Gerak (MOD) - Varian VLT.

Bagi mencapai rating penjimatan bahan api 18.4km per liter, Nissan Almera Turbo menggunakan teknologi saduran cermin (mirror coating) daripada Nissan GT-R R35 dalam enjin bagi mengurangkan geseran dan haba.

Transmisi CVT XTronic dengan D-Step Logic dan mod Sport turut membantu aspek kecekapan bahan api.

Daya kilas 152Nm mampu mengatasi tork daripada enjin aspirasi natural (NA) yang digunakan model 1.5L. Dengan ilham Gliding Wing, papan pemuka direka  kontemporari menggunakan material premium dengan gabungan kemasan krom, hitam (Piano Black) dan paten gentian karbon.

Kluster instrumen Almera Turbo.
Unit infotainment Almera Turbo - 8 inci

Stereng tiga jejari dengan bawah rata dan kluster instrumen semi-digital warna penuh 7-inci pula menawarkan suasana
kabin sporty. Begitu juga unit infotainment skrin sentuh 8-inci dengan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Ruang kaki belakang luas, dan jarak roda 2,620mm memberikan tahap keselesaan terbaik buat buat penumpang.

Jika tidak dapat mengunjungi bilik pameran Nissan, anda boleh mengakses maklumat produk diperlukan dan mendapat pandu uji depan pintu menerusi bilik pameran atas talian Nissan di nissan.com.my/onlineshowroom.

Maklumat lanjut Nissan Almera Turbo dan Kuro Edition (Hitam) boleh layari laman web Nissan Malaysia di www.nissan.com.my atau hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.

nissan-almera-quest-2024-1
nissan-almera-quest-2024-2
nissan-almera-quest-2024-3
nissan-almera-quest-2024-4
nissan-almera-quest-2024-5
nissan-almera-quest-2024-6
nissan-almera-quest-2024-7
nissan-almera-quest-2024-8
nissan-almera-quest-2024-9
nissan-almera-quest-2024-10
nissan-almera-quest-2024-11

Related

816
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Nissan Almera 1.0L Turbo, Nissan Lightfoot Quest 2024, Pandu uji, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev