• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Aston Martin Valiant dengan Transmisi Manual daripada Unit Khas Fernando Alonso, 38 Unit Sahaja

Aston Martin Valiant dengan Transmisi Manual daripada Unit Khas Fernando Alonso, 38 Unit Sahaja

June 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


ASTON Martin Valiant adalah satu lagi model dalam senarai kereta terhad dunia yang dihasilkan 38 unit sahaja. Model iniialah projek bahagian tempahan khas Q by Aston Martin.

Projek ini asalnya dipesan pelumba Aston Martin, Aramco Formula One Team, Fernando Alonso yang mahukan Aston Martin Valour yang ringan, lebih ekstrem dan diilhamkan daripada kereta lumba.

Ciri itu dan kegemaran Alonso untuk memandu pada had melahirkan Valiant yang dibangunkan untuk beraksi pada tahap terbaik di litar, tetapi masih sah dipandu atas jalan raya awam.

Selain badan lebar dan spoiler tinggi, model ini menggunakan kotak gear manual 6-kelajuan. Mengenali Alonso, kereta ini memang sepadan dengan beliau. Berikut ciri Aston Martin Valiant:

Trenkuasa

  • Trenkuasa V12 5.2L turbo kembar berkuasa 742hp dan tork 735Nm dengan kotak gear manual 6-kelajuan.
  • Mod pemanduan Sport, Sport+ dan Track dengan kalibrasi baharu.
  • Ekzos titanium empat muncung.

Casis

  • Subfrem belakang cetakan 3D yang 3kg lebih ringan.
  • Tiub tork (torque tube) dibuat daripada magnesium bagi mengurangkan berat bahagian tengan sebanyak 8.6kg.
  • Peredam Injap Gelendong Adaptif (Adaptive Spool Valve, ASV) Multimatic.
  • Brek seramik karbon 410mm x 38mm (depan), dan 360mm x 32mm (belakang).
  • Rim magnesium 21 inci dengan tayar 275/35 (depan), dan 325/30 (belakang) bagi meningkatkan respons stereng dan kawalan roda, serta mengurangkan berat tanpa pegas 14kg.
  • Bateri litium-ion spesifikasi lumba - mengurangkan berat 11.5kg.

Badan dan Aerodinamik

  • Penggunaan gentian karbon secara meluas.
  • Spliter depan untuk menekan kereta ke bawah, manakala jalur atau sirip mengalirkan dan melancarkan aliran udara sekeliling roda depan.
  • Gril gentian karbon meningkatkan aliran penyejukan kepada enjin dan mengurangkan beban depan gandar depan untuk membantu memusatkan agihan berat dan menambah baik pengendalian.
  • Fender sisi dengan liang udara dan cakera aero gentian karbon pada rim 21 inci.
  • Kit badan termasuk generator vorteks melancarkan aliran udara, mengurangkan gelora, seretan dan angkatan.
  • Cakera aero diilhamkan daripada jentera lumba Le Mans era 80-an yang mengurangkan gelora dan seretan dihasilkan daripada putaran roda.
  • Enam bilah sirip menyalurkan udara kepada brek untuk mengekalkan prestasi optimum di litar.
  • Bukaan roda mengalirkan haba dari cakera seramik karbon ke luar.

  • Ekor atau bahagian belakang Kamm (potongan mendadak) dengan bucu ke atas dan spoiler kekal. Direka untuk mengimbangkan daya mendap spliter depan.
  • Difuser belakang rekaan Perkomputeran Dinamik Bendalir (CFD) mengurangkan seretan dan angkatan, dibuat daripada gentian karbon untuk mengurangkan berat di belakang.

Dalaman

  • Dua kerusi Recaro Podium.
  • Ruang simpan belakang untuk helmet dan sut lumba.
  • Stereng baharu dan khusus untuk Valiant tanpa butang dan suis.
  • Hab tuil gear terdedah.

  • Rangka keselamatan separuh dengan cagak untuk tali keledar 4-poin.
  • Pilihan trim Alcantara atau kulit semi-anilina.
  • Tali fabrik penarik pintu.

Penghantaran pertama Aston Martin Valiant dijadual pada suku keempat 2024 dan 38 unit yang ditawarkan itu sudahpun ada pemilik.

Aston Martin Valiant.01
Aston Martin Valiant.02
Aston Martin Valiant.03
Aston Martin Valiant.04
Aston Martin Valiant.05
Aston Martin Valiant.06
Aston Martin Valiant.07
Aston Martin Valiant.08
Aston Martin Valiant.09
Aston Martin Valiant.10
Aston Martin Valiant.11
Aston Martin Valiant.12
Aston Martin Valiant.13
Aston Martin Valiant.14
Aston Martin Valiant.15
Aston Martin Valiant.16
Aston Martin Valiant.17
Aston Martin Valiant.18
Aston Martin Valiant.19
Aston Martin Valiant.20
Aston Martin Valiant.21
Aston Martin Valiant.22
Aston Martin Valiant.23
Aston Martin Valiant.24
Aston Martin Valiant.25
Aston Martin Valiant.26
Aston Martin Valiant.27
Aston Martin Valiant.28
Aston Martin Valiant.29
Aston Martin Valiant.30

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin Valiant, fernando alonso, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev