• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Tiada Rancangan Bina Laluan Khas Motosikal di Lebuh Raya Sedang Beroperasi

Menteri: Tiada Rancangan Bina Laluan Khas Motosikal di Lebuh Raya Sedang Beroperasi

June 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

KERAJAAN buat masa ini tiada rancangan untuk membina kemudahan laluan khas untuk motosikal di lebuh raya yang sedang beroperasi.

Ini disebabkan perkara itu akan melibatkan kos tambahan tinggi kepada Kerajaan kerana skop itu tiada dalam perjanjian konsesi antara pihak Kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata:

Bagaimanapun, pihak Kerajaan akan meneliti perkara ini dalam rundingan cadangan projek lebuh raya baharu pada masa akan datang tertakluk kepada beberapa faktor seperti kadar tol dan tempoh konsesi."

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen untuk menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu).

LALUAN MOTOSIKAL KHAS DI LPT3

Mengulas tentang cadangan menyediakan laluan khas motosikal di LPT 3, Alexander berkata, perkara itu akan diteliti di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata:

Ini kerana cadangan laluan khas penunggang motosikal ini akan memberikan impak kepada kos pembinaan dan daya maju projek tersebut yang akhirnya akan diimbangi oleh kadar tol tinggi dan tempoh konsesi lebih panjang."

CARA KURANGKAN ANCAMAN KESELAMATAN DI LORONG MOTOSIKAL

Alexander menyatakan pemantauan aspek keselamatan dilaksanakan menerusi rondaan berkala syarikat konsesi lebuh raya untuk mengurangkan risiko ancaman keselamatan di laluan motosikal.

Beliau berkata, pemantauan turut dilakukan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi berisiko dan strategik di lebuh raya.

Alexandar menjelaskan:

Selain itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya termasuk penunggang motosikal.

"Usaha turut dijalankan LLM dan syarikat konsesi untuk mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang motosikal menerusi kempen keselamatan yang diadakan dari semasa ke semasa serta kerjasama dengan komuniti setempat."

SUMBER: Harian Metro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, lorong khas motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev