• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Model Ikonik Volkswagen Golf Cabriolet Mk1 Dapat Ekzos Milltek Classic, Pilihan 'Lebih Bising'

Model Ikonik Volkswagen Golf Cabriolet Mk1 Dapat Ekzos Milltek Classic, Pilihan 'Lebih Bising'

June 26, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Di antara cabaran pemilik kereta klasik dan ikonik ialah mendapatkan ekzos asli atau serupa asli. Maklumlah, dengan usia puluhan tahun ekzos asal berkemungkinan bocor atau reput.

Hendak tukar ekzos sport nampak canggung dan sebaiknya cari yang mirip asal. Ini pula tawaran terbaru Milltek Sport dari United Kingdom iaitu sistem ekzos Milltek Classic untuk model ikonik Volkswagen Golf Cabriolet generasi pertama (Mk1).

Satu yang menarik, ekzos itu ditawarkan dalam dua jenis iaitu dengan penyalun (resonator) atau bunyi lebih kuat tanpa penyalun.

Setiap pilihan akan membawa nada bunyi tersendiri dan digabung bermasa muncung ekzos seperti asal.

Kesemua produk Milltek Classic direka dengan konsep OEM+ dan membawa sekali prestasi, mutu, ketahanan, bunyi dan penggunaan bahan, rekabentuk penyenyap dan akustik yang dipertingkatkan.

Setiap pembangunan produk baharu bermula dengan sistem ekzos asli 'OEM' dan para jurutera mengenalpasti kelemahan dan halangan menggunakan imbasan tiga dimensi dan proses ujian.

Milltek Classic sebelum ini tampil dengan ekzos untuk BMW M3 (E30) dan Peugeot 205 GTI. Menurut Milltek, pelanggan sekarang ini beralih dari ekzos besar dan berprestasi kepada gaya kilang atau asal.

Seperkara lagi yang menarik, Golf Cabriolet dengan warna Helios Blue di dalam artikel ini adalah milik Pengarah Urusan Milltek Sport, Steve Pound.

Tidak hairan kereta ini berada dalam keadaan cantik di sebalik usia puluhan tahun.

Golf Cabriolet diperkenal pada 1979 dan dipasang di kilang Karmann. Volkswagen membekalkan enjin, suspensi dan trim dalaman untuk dipasang.

Bergantung kepada pasaran, Golf GTI turut dikenali sebagai Golf GLI.

Volkswagen Golf Cabriolet Mk1 - Milltek Classic.01
Volkswagen Golf Cabriolet Mk1 - Milltek Classic.02
Volkswagen Golf Cabriolet Mk1 - Milltek Classic.03
Volkswagen Golf Cabriolet Mk1 - Milltek Classic.04

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Milltek, Milltek Classic, Milltek Sport, Volkswagen, Volkswagen Golf, Volkswagen Golf Cabriolet, Volkswagen Golf Cabriolet Mk1, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev