SKY Team (M) Sdn Bhd, Pengedar rasmi jenama Sky Team di Malaysia itu sudah lama bertapak sejak 2012. Namun, tidak ramai yang mengetahui kewujudan produk ini di pasaran tempatan.
Terkini Sky Team membawa masuk model retro, Skyteam Ace 125 Cafe Racer. Sekali imbas, jentera buatan China itu tampak menarik.
HARGA
- Sky Team Ace 125 Cafe Racer - RM7, 366.78
* termasuk GST, insurans dan pendaftaran
WARANTI
- Setahun atau 10, 000km (yang mana tiba dahulu)
APA YANG MENARIK MENGENAI SKYTEAM ACE 125 CAFE RACER
Berikut ialah 10 perkara perlu anda ketahui tentang Skyteam Ace 125 Cafe Racer:
1.) Skyteam Ace 125 Cafe Racer mirip model Honda RC110 cafe racer sekitar 1960-an.
2) Ia dijana enjin 124.11cc iaitu nadi sama digunakan pada model Honda CG 125. Tetapi pihak Sky Team melakukan penambahbaikan.
3) Enjin menggunakan sistem karburetor itu mampu menghasilkan kuasa 11hp pada 8, 500rpm dan tork 8.5Nm (7, 500rpm).
4) Penghantaran kuasa ke roda ditugaskan kepada transmisi 5-kelajuan.
5) Cafe Racer berkenaan cukup ringan dengan memiliki berat 87kg.
BACA >>> Modenas TTR 200 - Model Berkonsepkan Cafe Racer
BACA >>> Honda CB500F Café Racer Tampil Imej Retro Moden Sempena IMOS 2016
6) Posisi tunggangan yang sedikit ke belakang kerana bentuk tangkinya yang panjang. Pemijak kaki juga berada di posisi ke belakang.
7) Kelajuan maksimum 110km/j sahaja.
8.) Untuk keselesaan tunggangan, model tersebut dilengkapi suspensi fork teleskopik di depan dan penyerap hentak berkembar pada bahagian belakang.
9.) Pihak Sky Team menawarkan brek cakera di depan manakala brek dram di bahagian belakang. Bahagian kaki pula dilengkapi dengan rim bersaiz 18 inci bersama tayar 2.74 inci di depan dan 3.0 inci di belakang.
10.) Setiap pembelian Skyteam Ace 125 Cafe Racer akan menerima satu lagi tempat duduk tunggal.
Untuk makluman Sky Team mempunyai 13 pengedar di seluruh Malaysia.
BACA >>> Sentuhan Ad Hoc Cafe Racers Bangkitkan Semangat Yamaha XSR700 Otokomae
Leave a Reply