• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM Beri Pengalaman Menarik Pandu EV di Litar Sepang

GWM Beri Pengalaman Menarik Pandu EV di Litar Sepang

June 25, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


GREAT Wall Motors (GWM) Malaysia telah mengadakan acara 'GWM ORA 07 Performance Thrills on Track' bertujuan untuk memberikan pengalaman pemanduan kenderaan elektrik (EV) yang menyeronokkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada Selasa.

Acara yang berlangsung di SIC itu, turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pihak-pihak media yang tidak ingin melepaskan peluang memandu kenderaan EV tersebut dan mungkin menjadi pengalaman pertama bagi sebilangan mereka yang tidak pernah berada di dalam litar lumba.

Sementara itu, pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur sepanjang acara berkenaan bagi membuktikan prestasi penuh dan kualiti yang terdapat dalam ORA 07. Berikut antara aktiviti dalam acara itu:

  • Slalom Test
  • Brake Steer Avoid
  • 0-100 Test
  • Time Attack (Full Track)

Sebanyak 12 unit model ORA 07 yang tersedia sepanjang acara tersebut iaitu 10 unit untuk sesi pandu uji dan dua lagi sebagai display bagi tujuan bergambar atau mengambil video.

Sehubungan itu, kesemua unit kenderaan EV itu merupakan varian Performance yang dijual di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM189,800.

Berikut merupakan perincian secara ringkas bagi model GWM ORA 07 Performance:

  • Sistem Pacuan Semua Roda (AWD) dengan output kuasa 405 hp, dan tork 680Nm serta jarak pandu 550km.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 4.3 saat.
  • Ada enam mod pandu: Normal, Well Being, Sport, Eco ,Individual dan Sport+.
  • Ada enam warna pilihan: Kelabu (Grey), Ungu (Purple) dan Putih (White).
  • Ada dua tema warna pilihan: Hitam (Black) dan Perang (Brown).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Great Wall Motor (GWM), GWM ORA 07, GWM ORA 07 Performance Thrills on Track

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my