• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Minta Turun Cukai Jalan Kenderaan Diesel, Ini Jawapan Menteri...

Minta Turun Cukai Jalan Kenderaan Diesel, Ini Jawapan Menteri...

June 25, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA keputusan yang diumumkan dan dilaksanakan Kerajaan bulan ini menjadi topik perbincangan hangat banyak pihak, terutama pemilik kenderaan berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Pertama, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan kadar cukai jalan kenderaan elektrik (EV) yang berkuat kuasa 1 Januari 2026 yang jauh lebih murah berbanding kenderaan ICE.

Kedua, Kerajaan mengumumkan pelaksanaan pemberian subsidi bersasar untuk diesel bagi menyelamatkan negara dan mencegah ketirisan.

Dua pengumuman itu tidak 'memberat' ke arah pengguna massa hingga timbul permintaan, bolehkah Kerajaan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan diesel selepas pelaksanaan pemberian subsidi bersasar?

Ini jawapan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook;

Sebab kita sudah ada mekanisme pemberian bantuan wang tunai RM200 (sebulan) kepada mereka yang tidak mendapat subsidi. Bantuan tunai terus kepada penerima-penerima (BUDI). Jadi, itu mekanisme yang digunakan sekarang."

"Dari segi roadtax (cukai jalan kenderaan diesel), kita akan lihat apakah cara paling baik. Tetapi mekanisme yang sudahpun diputuskan sekarang ini ialah bantuan tunai sebanyak RM200 (sebulan) kepada mereka yang tidak dapat fleet card atau subsidi diesel."

Maknanya Kerajaan Sedia Pertimbang Semula?

Loke memberi penjelasan;

Yang pertama… keputusan pun kita sudah buat (iaitu) mekanismenya. Sebelum ini kita juga ada cadangan menurunkan kadar cukai roadtax diesel, TETAPI MOF (Kementerian Kewangan) sudahpun memberikan kelulusan untuk bantuan wang tunai.

"Bantuan wang tunai itu lebih banyak, RM200 sebulan. Orang ingat RM200 sebulan (je) tapi sebenarnya RM2,400 setahun. Bukan bagi sebulan saja, tiap-tiap bulan bagi.

"Roadtax baru berapa? Kalau kita turunkan roadtax tetapi tidak beri bantuan tunai, (ia) lebih merugikan pemandu. Jadi, itu yang sudah kita bincangkan dan diputuskan BUAT SEMENTARA WAKTU ini, cara paling baik adalah kita bagi cash assistance (bantuan tunai)."

Jadi, Tak Ada Keperluan Kaji Balik?

Loke segera menjawab;

Bukan tak ada keperluan. Apa saja ada keperluan untuk kaji. Kita kaji sepanjang masa, apapun kita kaji. Kita kaji sebab keadaan berubah dari semasa ke semasa.

“Jadi, memang macam roadtax untuk EV kita sudah turunkan untuk menggalakkan penggunaan EV.

"Tetapi yang pertamanya... ia juga perlu selari dasar kita. Dasar kita ke arah peralihan tenaga. Peralihan tenaga itu adalah menggalakkan EV. Tidak menggalakkan (kenderaan) diesel kerana emisi.

Kalau kita turunkan kadar cukai (roadtax) diesel pulak, (ia) mungkin signal yang salah.

"Ia tak selari dasar. Jadi, itu yang kita kena lihat dari pelbagai sudut. Jadi... apapun untuk pemilik-pemilik kenderaan diesel, mekanisme sedia ada yang mereka perlu ketahui adalah ada bantuan tunai RM2,400 setahun."

Beliau menjawab persoalan itu pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia ke-4 di Putrajaya, hari ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, cukai jalan, Kementerian Pengangkutan (MOT), Road Tax

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my