• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harman Labur RM360j Bina Kilang Komponen Elektronik Kenderaan di Thailand

Harman Labur RM360j Bina Kilang Komponen Elektronik Kenderaan di Thailand

June 25, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HARMAN menjadikan Thailand sebagai lokasi untuk mendirikan kilang pertama syarikat itu di rantau Asia Tenggara. Keputusan itu membuktikan kumpulan pelabur masih melihat Thailand sebagai hab automotif selepas Brembo, BMW (kilang bateri) dan KIA.

Untuk makluman, Harman ialah anak syarikat Samsung Electronics yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan kilang baharu di Thailand akan menghasilkan komponen elektronik kenderaan dengan sebahagian besarnya untuk dieksport.

Harman menjangkakan kilang baharu itu akan mewujudkan sekurang-kurangnya 1,200 peluang pekerjaan. Syarikat itu bercadang menghasilkan 10 jenis produk elektronik, antaranya pembesar suara kereta, amplifier dan sistem bunyi automotif.

Fasa pertama rancangan perniagaan Harman ialah membina kilang baharu dengan pelaburan 2.8 bilion baht (RM360 juta) di atas keluasan tanah 47,000 meter persegi di Laem Chabang, Chon Buri iaitu sebahagian daripada Koridor Ekonomi Timur (EEC).

Naib Presiden Pengeluaran Global Harman, Daniel Jonas menjelaskan syarikat ada rancangan untuk pembuatan sistem hiburan kereta dalam fasa kedua yang dijangka bermula antara 2027 dan 2028.

OPERASI KILANG MULA 2026

Presiden Automotif Harman, Christian Sobottka berkata, kilang itu dijangka siap dibina menjelang suku kedua 2025. Operasi komersial dan kiriman produk ke pelanggan akan bermula pada suku pertama 2026.

Ketua Operasi Harman, Sami Krimi berkata:

Thailand memiliki pengalaman kukuh dalam automotif dan industri berkaitan. Ini mendorong kami untuk melabur di sini, berharap menjadikan negara ini sebagai hab eksport serantau."

SUMBER: Bangkok Post

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Christian Sobottka, Daniel Jonas, harman thailand, komponen automotif, Roda4, Sami Krimi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev