• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Tamatkan Pengeluaran Kapcai Kecil Bermula Mei 2025?

Honda Tamatkan Pengeluaran Kapcai Kecil Bermula Mei 2025?

June 25, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Motor dilaporkan akan menamatkan aktiviti pembuatan motosikal kapcai berkapasiti kecil di Jepun, bermula Mei 2025 disebabkan peraturan kawalan emisi yang lebih ketat akan dikuat kuasa pada tahun berkenaan.

Model yang terlibat ialah motosikal dan skuter yang berkapasiti 50cc dan ke bawah. Khabarnya, Jepun mahu membanteras emisi yang dilepaskan kategori motosikal berkenaan. Antaranya model popular yang bakal meninggalkan pasaran ialah Honda Super Cub 50.

Disebabkan faktor enjin bersaiz kecil, usaha merekabentuk komponen penukar bermangkin (catalytic converter) untuk kapcai dan skuter segmen itu agak mencabar dari sudut teknikal dan kos.

Portal Nikkei Asia melaporkan Honda masih menguasai 80 peratus pegangan pasaran moped di Jepun. Pun begitu, prestasi jualan dikatakan semakin merudum.

Tahun lalu jualan moped direkodkan sebanyak 92,824 unit dan jika dibandingkan tahun 1982, lebih 2.78 juta unit motosikal sudah dieksport ke luar negara.

Buat masa ini, Honda Japan masih menjual motosikal dan skuter bawah 50cc seperti Super Cub, Cross Cub, skuter Benly dan scrambler kanak-kanak CRF50F.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda Motor Japan, Honda Super Cub 50, motosikal 50cc, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev