• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Edisi 2024 Kembali!

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Edisi 2024 Kembali!

June 25, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter

TOKYO Auto Salon Kuala Lumpur kembali bagi edisi tahun kedua pada 8 hingga 10 November 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Pada edisi lalu, lebih 91,000 peminat kereta dan pengunjung memeriahkan edisi pertama Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur.

Acara ini dianjurkan di Malaysia oleh Element X Strategies sebagai Pemegang Lesen Rasmi Tunggal dan MUSE Group Asia sebagai Penganjur Bersama, dengan kerjasama San Ei Corporation sebagai pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon, dan Tokyo Auto Salon Federation.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies, Jason Yap, berkata Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih besar, lebih menarik dan dipenuhi pengunjung dan pameran.

Seperti acara asal di Jepun, banyak usaha telah dilakukan untuk memastikan pameran tahun ini terus melebihi jangkaan peminat."

Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia, Riduwan Matni berkata penala dan pameran Jepun terkejut dengan sambutan peminat Malaysia pada tahun 2023 sehingga mereka akan kembali dengan lebih besar tahun ini.

Selain itu, TASKL 2024 juga memperkenalkan tiket Lorong Ekspres untuk mengelakkan beratur, berharga RM70 sehari untuk pembeli awal dan RM80 sehari pada hari acara. Turut tersedia adalah pas VIP pada harga RM150 sehari yang membolehkan pemegang tiket akses percuma ke lounge VIP.

Untuk akses yang lebih eksklusif ke TASKL 2024, akses khas Black Tag diperkenalkan dengan harga RM1,500.

Sebagai pemegang Black Tag, anda akan menikmati keistimewaan berikut:

  • Akses ke semua 3 hari TASKL 2024
  • Perkhidmatan parkir valet percuma
  • Akses sepanjang hari ke lounge Black Tag (dengan minuman tanpa had)
  • Akses sepanjang hari ke Japan Pavilion Cars
  • Kain mikro dan sarung tangan eksklusif TASKL 2024
  • Barangan eksklusif edisi terhad TASKL 2024
  • Bertemu & beramah mesra dengan Ratu Lumba Jepun & Malaysia
  • Bertemu & beramah mesra dengan penala ikonik
  • Pratonton TASKL 2024 Car Auction
  • Lounge peribadi (Tiada jurugambar/media dibenarkan)

Tiket boleh dibeli dalam talian di https://tickets.tokyoautosalonkl.com/. Pembelian awal dihadkan kepada 5,000 pembeli pertama atau sehingga 31 Julai 2024, mana-mana yang terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, lawati www.tokyoautosalonkl.com atau platform media sosial Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, MITEC, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Tokyo Auto Salon (TAS) 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my