• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bampar Jatuh Gagalkan Misi Budak 12 Tahun Pandu Kereta Jelajah Australia

Bampar Jatuh Gagalkan Misi Budak 12 Tahun Pandu Kereta Jelajah Australia

May 9, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

SEORANG budak berusia 12 tahun gagal melengkapkan misi memandu solo merentas pedalaman Australia apabila terbabit kemalangan hingga menyebabkan bampar terseret sebelum disedari dan ditahan polis peronda lebuh raya. Itupun selepas dia sudah keluar mengembara sejauh 1,300km!

Menurut Australian Associated Press, budak lelaki tersebut cuba melakukan pengembaraan epik sejauh 4,000km dari Kendall dalam negeri New South Wales (NSW) hingga ke ibu kota Perth di Western Australia. Bagaimanapun cubaannya itu terkandas di Broken Hill dekat barat jauh NSW pada pagi Sabtu, 22 April lalu.

How a 12-year-old boy avoided capture as he tried to drive solo across Australia in family car: https://t.co/pl6tz1b2mY #7News pic.twitter.com/Qu3m6GVgLK

— 7News Yahoo7 (@Y7News) April 24, 2017

Inspektor Penyiasat, Kim Fehon berkata, operasi mencari cuma dilakukan sebaik saja polis menerima laporan daripada keluarga mangsa yang mendakwa suspek hilang dengan kereta. Menurut Fehon, suspek ditahan apabila pasukan peronda polis terperasan kelibat sebuah kereta dipandu dalam keadaan bampar terseret atas jalan.


Walaupun ada kalangan netizen memuji aksi berani tersebut, tetapi tindakan suspek itu, yang bakal berdepan dakwaan di bawah Akta Pesalah Muda, tidak sepatutnya dipuji.

"Budak itu bukan hanya membahayakan diri sendiri, tetapi juga orang lain. Dia bernasib baik kerana terselamat (selepas kemalangan). Ini termasuk semua pengguna jalan raya lain sepanjang Kendall hingga Cobar, semua mereka bernasib baik," kata Fehon lagi.

SUMBER: Esquire.co.uk

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Australia, Auto Terkini, Broken Hill, budak 12 tahun memandu 1300km, budak 12 tahun pandu kereta, Kendall, Perth, polis peronda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev