• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Jenama China, Vietnam Kuasai Pasaran EV Asean

Kajian: Jenama China, Vietnam Kuasai Pasaran EV Asean

June 24, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JUALAN kenderaan elektrik (EV) semakin meningkat di Asean, diketuai jenama BYD dari China dan VinFast dari Vietnam.

Malah prestasi jualan EV juga dikatakan mula mengambil alih pasaran kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang didominasi pengeluar Jepun dan Korea Selatan, lapor Counterpoint Research.

Firma penyelidikan itu mendakwa jualan EV di Asia Tenggara meningkat lebih dua kali ganda sepanjang suku pertama (Januari hingga Mac) 2024, manakala jualan ICE menyusut sekitar 7 peratus.

Penganalisis Counterpoint, Abhik Mukherjee berkata, pengeluar Jepun dan Korea yang mendominasi jualan kenderaan konvensional kurang memberi penekanan kepada penerimaan EV dan kelompongan itu menjadi rebutan pengeluar China.

Logo

Beliau berkata;

Lebih 70 peratus jualan EV di rantau itu adalah daripada jenama China, didahului BYD. Pada suku pertama tahun lalu, 75 peratus daripada semua jualan EV di Asia Tenggara adalah buatan pengeluar kenderaan China."

Pengeluar kenderaan China menyatakan komitmen pelaburan lebih AS$1.44 bilion (RM6.79 bilion) untuk mendirikan kilang pembuatan EV baharu di Thailand. Abhik menambah;

Vietnam mencatat pertumbuhan lebih besar dengan jualan BEV (kenderaan elektrik bateri) meningkat lebih 400 peratus yang menyumbang hampir 17 peratus jualan serantau."

SUMBER: Reuters

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Abhik Mukherjee, autoterkini, Counterpoint Research, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my