• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Netizen Malaysia dan Dunia Automotif yang Serba Meriah

#SembangDeras: Netizen Malaysia dan Dunia Automotif yang Serba Meriah

June 22, 2024 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN industri automotif kita tak besar mana, tapi dari segi kemeriahan dan kekecohan memang negara jiran lain tak boleh lawan.

Kalau singgah ke komen portal-portal auto di Indonesia, Thailand atau Vietnam sekalipun, tetap tak semeriah netizen Malaysia.

Dengan komen berbaur politik tak tentu hala, serangan terhadap produk nasional Proton-Perodua, perihal dasar EV dan sekarang produk kelas pertengahan dari China pula.

Sesetengah netizen nampak semacam benci sungguh sampai ke tulang hitam terhadap kereta buatan China seakan depa pernah ada pengalaman ngeri memandu kereta China selama berpuluh tahun lamanya.

Pantang ada masalah teknikal atau isu dialami pemiliknya yang boleh saja jadi kes terpencil, tapi senang saja tular seantero negara waima sudah diselesaikan dan diberikan kenyataan balas. Walhal hal-hal semacam itu sudah jadi asam garam dunia jual beli dan pemilikan kereta sedunia.

Malah Toyota yang jadi gergasi automotif nombor satu dunia pun jadi jenama yang paling banyak dapat komplen pemiliknya.

Jika difikirkan dengan hati yang tenang dan minda yang waras, bukanlah perkara pelik bila semakin laku sesebuah kereta itu, maka makin banyak jugalah komplen yang pengeluar itu dapat.

Ini samalah macam produk telefon dari China yang mula menyerang dunia lebih sedekad lalu. Dan sekarang suka atau tidak, memiliki telefon dari China bukanlah hal yang pelik dan jelik lagi walaupun statusnya mungkin masih tidak mampu ‘seriak’ seperti memakai produk Amerika.

Ya, dunia automotif China pernah masuk ke Malaysia, diterima dan kemudian sendu.

Sekarang suka atau tidak, automotif China kembali lagi dengan menawarkan gaya, ciri dan harga yang sukar ditolak ke tepi, terutama golongan kelas menengah yang mahukan kereta yang ada ciri premium, ada gaya, dan ada spesifikasi setanding model-model mewah yang sebelum ini mungkin hanya mampu dimiliki secara terpakai dengan waranti terhad.

Datanglah komen-komen penuh benci dan dendam kesumat macam mana sekalipun. Tapi bila masuk hal poket dan ringgit. Pasti yang berbaloi akan jadi pilihan.

- AO

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Auto Terkini, Automotif Malaysia, Netizen Malaysia, sembang deras

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my