ANTARA medium yang sering digunakan ramai orang hari ini untuk menjual kenderaan terpakai mereka ialah mendaftar dan mengiklankan dalam laman web jual beli atas talian seperti Mudah, Carlist, Motor Trader dan seumpamanya. Kita hanya perlu tulis apa saja kehebatan dan spesifikasi kereta dan motor dengan harapan ada pembeli di luar sana yang tertarik.
Selain itu, kita juga boleh promosikan kenderaan terpakai dalam laman sosial peribadi seperti Facebook, Twitter atau Instagram. Tetapi adakah kita cukup kreatif untuk membuatkan kenderaan kita dilihat luar biasa? Ingat, bukan kita seorang saja yang mahu jual kereta atau motor, ada ramai pemilik lain juga mahu melakukan perkara serupa dalam platform sama.
BUAT VIDEO PROMOSI
Mungkin anda perlu contohi Eugene Ramonavsky. Lihatlah bagaimana dia memuat naik video promosi bertahap epik untuk menunjukkan betapa bagus Suzuki Vitara (1996) yang dimilikinya sejak lebih 20 tahun lalu.
Berdasarkan klip video tersebut, keretanya sudah sampai ke mana-mana pelusuk dunia. Pernah muncul dalam Jurassic Park, Mad Max: Fury Road, merempuh laluan gurun dan salji, termasuk menjejakkan tayar atas permukaan bulan dan menyelam dalam lautan! Kalau sudah begitu ekstrem kereta Ramonavsky, kenapa pembeli macam kita perlu peduli lagi tentang berapa jumlah perbatuan? Memang power! 😛
Hah, macam mana kereta anda pula?
SUMBER: YouTube Ramonavsky
Leave a Reply