• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Avante (Elantra) 2025 Diperkenal di Korea dengan Empat Varian Enjin, Harga Mula RM67k

Hyundai Avante (Elantra) 2025 Diperkenal di Korea dengan Empat Varian Enjin, Harga Mula RM67k

June 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI harus dipuji kerana masih tegar menawarkan model sedan seperti Elantra (dipanggil Avante) yang kini di pasaran sudah memasuki generasi ketujuh selepas diperkenal pada 2020.

Generasi ketujuh (CN7) bermakna Elantra mempunyai sejarah panjang atau lebih tepat lagi sejak 1990. Sambutan diterima begitu baik dengan jualan keseluruhan sudah lebih 15 juta unit.

Pengguna tempatan turut memberi sokongan kepada Elantra selain memanfaatkan ekonomi apabila generasi ketiga hingga kelima dipasang dalam negara.

Hyundai Elantra CN7 hadir dalam gaya dengan rupa depan garang dan lampu besar ke bawah berbanding atas atau dekat bonet selain menawarkan varian prestasi Elantra N.

Terbaharu Hyundai memperkenalkan Hyundai Avante 2025 untuk pasaran Koreacdan dengan jualan bermula 20 Jun ini.

Selesai menjalani fasa dipertingkat (facelift) pada 2023, Avante 2025 tidak melalui perubahan besar yang menurut Hyundai dipertingkat mengikut permintaan pelanggan.

Antaranya:

  • Panel kiri papan pemuka boleh dipasang aksesori menggunakan magnet seperti pemegang kad dan kotak simpanan pelbagai guna.
  • Cermin pandang belakang elektronik (ECM) dijadikan ciri standard untuk semua varian.
  • Sistem Hi-Pass (pembayaran tol atau jalan berbayar tanpa henti)
  • Cermin kuasa keselamatan pemandu dan corong penyaman udara belakang dipasang pada Avante Modern.
  • Ada pemadam api untuk keselamatan.
  • Warna baharu Mirage Green (hijau) yang sebelum ini popular pada Kona dijadikan pilihan baharu.

Varian dan Harga Hyundai Avante 2025

i. Smartstream 1.6 Petrol

  • Smart: 19.94 juta won (RM67,725)
  • Modern: 23.26 juta won (RM78,995)
  • N Line Modern: 24.46 juta won (RM83,070)
  • Inspiration: 26.99 juta won (RM91,660)
  • N Line Inspiration: 27.88 juta won (RM94,675)
Trenkuasa
  • Enjin petrol 1.598cc dengan output kuasa 120hp (123ps) @ 6,300rpm dan tork 154Nm @ 4,500rpm
  • Kotak gear Smartstream IVT

ii. 1.6 LPi (LPG)

  • Smart: 21.34 juta won (RM72,342)
  • Modern: 24.65 juta won (RM83,565)
  • Inspiration: 30.92 juta won (RM104,820)
Trenkuasa
  • Enjin 1,591cc dengan output kuasa 117hp (120ps) @ 6,000rpm, dan tork 152Nm @ 4,500rpm
  • Transmisi automatik 6-kelajuan

iii. 1.6 Hybrid

  • Smart: 24.85 juta won (RM84,240)
  • Modern: 27.51 juta won (RM93,260)
  • N Line Modern: 28.51 juta won (RM96,650)
  • Inspiration: 30.92 juta won (RM104,820)
  • N Line Inspiration: 31.61 juta won (RM107,160)

(Harga berdasarkan faedah cukai)

Trenkuasa
  • Enjin 1,580cc dengan output kuasa 105ps @ 5,700rpm dan tork 147Nm @ 4,000rpm, dan motor elektrik berkuasa 32kW, tork 170Nm
  • Output kuasa keseluruhan: 138hp (141ps) @ 5,700rpm
  • Transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan

iv. 2.0 Turbo

  • N: 33.6 juta won (RM113,910)
Trenkuasa
  • Enjin petrol 1,998cc dengan output kuasa 277hp (280ps) @ 5,500-6,000rpm, dan tork 392Nm @ 2,100-4,700rpm
  • Kotak gear Smartsream IVT

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Avante, Hyundai Avante 2025, Hyundai Elantra, Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my