• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skuter Maksi QJMotor Fort 350 Masuk Pasaran Julai Ini, Tempahan Cecah 3k Unit!

Skuter Maksi QJMotor Fort 350 Masuk Pasaran Julai Ini, Tempahan Cecah 3k Unit!

June 20, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings bakal mengedarkan QJMotor Fort 350 2024 bermula pertengahan Julai ini selepas skuter maksi itu dilancarkan di pameran Malaysia Autoshow 2024, bulan lalu.

QJMotor Fort 350 2024 diperkenalkan dalam dua warna pilihan, iaitu Gold (emas) dan Matte Black (hitam kusam) pada harga RM23,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Tempahan terkumpul QJMotor Fort 350 2024 kini sudah mencapai kira-kira 3,000 unit dan edaran stok model itu ke rangkaian pengedar MForce Bike dijangka bermula minggu kedua Julai 2024.

MForce Bike tahun ini merancang memasang dan menghantar kira-kira 5,000 unit skuter maksi itu untuk pasaran Malaysia. Berikut perincian QJMotor Fort 350 2024:

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 350cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 33.8hp @ 7,500rpm, dan tork 35.2Nm @ 6,000rpm.
  • Sistem transmisi automatik CVT dengan tali sawat.
  • Sistem suspensi fork teleskopik konvensional 33mm di depan, dan dwi-absorber (belakang).
  • Sistem lampu LED penuh pada lampu utama, lampu siang (DRL), lampu signal belok dan lampu brek.
  • Panel meter berwarna TFT 7 inci dengan ciri Bluetooth untuk sambungan telefon pintar.
  • Sistem penghidup menggunakan kunci kad NFC, tetapi boleh juga menggunakan kunci mekanikal biasa.
  • Dilengkapi kamera pemuka (dashcam) di depan dan belakang.
  • Dua ruang storan kecil bawah bar hendal.
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan rim 14 inci dengan tayar 150/70 (belakang).
  • Brek cakera kembar (depan) dan cakera tunggal (belakang), masing-masing bersaiz 265mm serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Dimensi panjang 2,320mm, lebar 780mm, dan tinggi 1,390mm. Jarak roda 1,565mm dan jarak tinggi bumi 150mm.
  • Tinggi pelana 720mm, berat 195kg dan kapasiti tangki petrol 14 liter.
QJMOTOR 350 FORTRESS - 18
QJMOTOR 350 FORTRESS - 21
QJMOTOR 350 FORTRESS - 20
QJMOTOR 350 FORTRESS - 1
QJMOTOR 350 FORTRESS - 3
QJMOTOR 350 FORTRESS - 17
QJMOTOR 350 FORTRESS - 29
QJMOTOR 350 FORTRESS - 45
QJMOTOR 350 FORTRESS - 26
QJMOTOR 350 FORTRESS - 39
QJMOTOR 350 FORTRESS - 35
QJMOTOR 350 FORTRESS - 10
QJMOTOR 350 FORTRESS - 11
QJMOTOR 350 FORTRESS - 12
QJMOTOR 350 FORTRESS - 16
QJMOTOR 350 FORTRESS - 13
QJMOTOR 350 FORTRESS - 28
QJMOTOR 350 FORTRESS - 8
QJMOTOR 350 FORTRESS - 5
QJMOTOR 350 FORTRESS - 2
QJMOTOR 350 FORTRESS - 32
QJMOTOR 350 FORTRESS - 25
QJMOTOR 350 FORTRESS - 23
QJMOTOR 350 FORTRESS - 24

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: MForce Bike Holdings (MForce Bike), QJMotor Fort 350 2024, QJMotor Fortress 350 (2024), roda2, Skuter 350cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev