• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Maut, Lori Terbabas Jatuh dalam Lubang Jalan Mendap di Pekan

Pemandu Maut, Lori Terbabas Jatuh dalam Lubang Jalan Mendap di Pekan

June 20, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki maut apabila lori dipandu terjatuh dalam lubang jalan mendap dekat Jambatan Bailey di Seksyen 102, KM73, Jalan Kuantan-Segamat, di Pekan, Pahang, semalam.

Mangsa Muhammad Farhan Dagang, 29, memandu lori jenama Hino dengan muatan generator elektrik dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah dalam nahas yang berlaku jam 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan hingga melanggar pengadang jalan sebelum terjatuh ke dalam lubang jalan mendap.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan akibat terbabas sendiri dipercayai pemandu tidak menyedari amaran kawasan lencongan jambatan sementara di lokasi itu."

Kondisi jalan tersebut adalah berturap, berselekoh (lencongan) dan satu lorong dua hala dengan garisan kuning sebagai pembahagi jalan serta terdapat pengadang plastik di kiri dan kanan jalan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, HINO, Jalan Kuantan-Segamat, Pemandu lori maut dalam lubang jalan mendap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev