KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah menyerbu sebuah stesen minyak yang dipercayai menjual minyak petrol bersubsidi (RON95) kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing di Alor Gajah, 16 Jun lalu.
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya berjaya mengesan satu gambar tular di media sosial yang memaparkan seorang individu yang menaiki kereta bernombor pendaftaran negara jiran mengisi petrol RON95.
Negara je maju tapi rakyat macam gampang pic.twitter.com/Ma4abDRRy3
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 17, 2024
Susulan itu sepasukan penguatkuasa KPDN ke stesen terbabit hari ini bagi menjalankan siasatan lanjut dan hasilnya kita mengesyaki terdapat satu kesalahan dibuat oleh pengusaha premis itu."
"Kesalahan disyaki dibuat jam 4.35 petang, Ahad lalu dan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki disyaki warga asing membayar RM23.17 melalui transaksi 'outdoor payment terminal' (OTP)."
Tambah Norena lagi, kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Justeru, tindakan ini selaras dengan penguatkuasaan undang-undang melibatkan larangan penjualan petrol RON95 kepada semua kenderaan bernombor pendaftaran asing bermula 17 Jun 2022.
SUMBER: BeritaHarian
Leave a Reply