• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aerotrain KLIA Siap Januari 2025!

Aerotrain KLIA Siap Januari 2025!

June 19, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PROJEK penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka siap lebih awal pada 31 Januari 2025.

Syarikat pengendali lapangan terbang, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) memberi jangkaan dua bulan lebih awal daripada tarikh asal, iaitu 31 Mac 2025.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Mohamed Rastam Shahrom berkata, projek disiapkan lebih awal daripada tarikh asal membuktikan komitmen berterusan untuk meningkatkan pengalaman penumpang.

Kemajuan itu bukan sekadar menangani keperluan operasi, tetapi mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab pengangkutan utama di rantau ini dengan menyediakan perkhidmatan dan prasarana bertaraf dunia kepada pelanggan."

Garis masa dipercepat menerusi kontrak yang dimeterai pada 14 Jun lalu melibatkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASepang), dengan usahasama IJM Constrution Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech JV).

MA Sepang ialah subsidiari penuh MAHB dan Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd (Alstom).

Alstom bakal memantau penghantaran tiga tren bahru, menaik taraf dua laluan dan membuat ujian komprehensif yang menyeluruh. Tren baharu akan tiba di Malaysia dari China menjelang akhir suku ketiga tahun ini.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aerotrain KLIA, Auto Terkini, KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev