PERHATIAN yang diberi kepada Land Rover Defender memang istimewa dengan mengumpul peminat dari serata dunia selain syarikat dan bengkel yang menumpukan kepada baik pulih dan naik taraf.
Terbaharu, syarikat lampu automotif Glohh dari Britain memperkenalkan GL-2, iaitu lampu belakang buatan khas untuk Land Rover Defender L316 (1990-2016).
Glohh sudah lama menghasilkan lampu untuk Land Rover dengan produk pertama lampu belakang GL-3 (foto atas) untuk Range Rover Sport L320 yang dilancar pada 2013. Berikut fakta mengenai lampu belakang GL-2:
- Ditawarkan dalam dua jenis, iaitu lensa merah untuk peminat gaya asli Defender, dan GL-2X dengan lensa jernih gelap untuk gaya moden dan minimalis.
- Lampu Glohh dibuat berkembar supaya mudah dilihat dan juga jenis LED penuh selain rekaan utilitarian serta moden supaya sepadan dengan Defender.
- Tiga lampu Glohh membentuk ciri moden pada Defender, manakala logo Glohh memberikan imej premium.
- Lampu besar mempunyai fungsi utama, iaitu lampu brek, lampu signal belok atau lampu kecemasan, dan lampu undur.
- Lingkaran lampu tampil cantik dalam rekaan empat kluster dan nyalaan sekuensial.
- Lampu sebelah juga memainkan peranan penting seperti membrek, manakala lampu tunggal di atas untuk isyarat belok dan kecemasan.
- Lampu tambahan itu terbuka untuk disusun mengikut pilihan peribadi. Lampu signal belok boleh dipasang pada bahagian atas atau ditukar dengan lampu brek di bawah.
- Nyalaan sekuensial atau Dynamic Start-up Display (DSD) berfungsi ketika Defender dihidupkan dengan nyalaan kecil hingga separa dan berlanjutan hingga siap melalui 24 diod lampu.
- Dari segi keselamatan dan teknologi, dua lampu sebelah-menyebelah memainkan peranan untuk nyalaan isyarat belok dan kecemasan, mengundur, kabus dan brek.
- Lampu tersebut menggunakan lampu undur 5,000 Kelvin pada setiap sisi, manakala lampu kabus lebih terang dengan jumlah watt sekali ganda dan sudut jangkauan lebih luas.
- Dari segi ketahanan, lampu belakang GL-2 diuji dalam suhu ekstrem dan cuaca yang pelbagai di Iceland.
- Material buatan mengunakan bahan polimetil metakrilat yang diperkuat dan struktur berombak supaya tahan hentakan dan gegaran. Tahap kalis air diuji supaya melepasi tahap IP67.
- Pembuatan perkakasan aftermarket untuk Defender bukan saja perlu cantik, tetapi juga tahan lasak sesuai dengan praktikaliti model itu.
- Lampu GL-2 boleh dipasang terus tanpa memerlukan pendawaian atau komponen tambahan, termasuk memenuhi piawaian ECE dan DOT.
Lampu GL-2 dijual pada harga GBP£489 (RM2,930), manakala GL-2X berharga GBP£539 (RM3,230). Selain lampu belakang, Glohh juga mempunyai lampu signal belok dan lampu sisi untuk bahagian depan Defender yang akan menyusul selepas ini.
Leave a Reply