• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahkamah Dakwa Pemandu e-Hailing Raba Punggung Wanita di Selayang

Mahkamah Dakwa Pemandu e-Hailing Raba Punggung Wanita di Selayang

June 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki yang tular kerana meraba punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan di Selayang, Selangor didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu minggu lalu.

Irwan Iesa, 38, mengaku tidak bersalah mencabul kehormatan wanita berumur 38 tahun ketika pertuduhan dibaca di depan Majistret Aina Azahra Ariffin.

WANITA DICABUL DI LOTUS SELAYANG

Seorang wanita telah dicabul oleh seorang lelaki di Lotus Selayang pada Selasa lepas (4/6/2024).

Laporan polis telah pun dibuat dan mangsa mohon sesiapa yang mengenali lelaki ini, sila tampil laporkan ke balai polis atau hubungi : 019-788 3186 pic.twitter.com/qTn75HYJOF

— Asal Gombak (@AsalGombak) June 7, 2024

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu e-hailing didakwa melakukan kekerasan jenayah dalam kedai tersebut pada jam 2 petang, 4 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, peguam Gan Sing Gee dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan rendah atas alasan isteri tertuduh sarat mengandung.

Mahkamah bersetuju mengurangkan jaminan dengan nilai RM5,000 bersama seorang penjamin dengan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Ogos nanti.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jenaya Cabul, Pemandu e-Hailing cabul wanita, Pemandu e-Hailing Raba Punggung, selayang, tular, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev