KTM CKD Malaysia kini membuka pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) pertamanya di Kota Damansara dalam usaha menyediakan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggannya.
Dibina pada tapak berkeluasan 831 meter persegi, bangunan tiga tingkat itu bukan sahaja mempamerkan rangkaian produk KTM CKD tetapi juga barisan produk KTM Powerwear dan barangan aksesori tunggangan yang lain.
Pengurus Besar KTM CKD Malaysia, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, sebanyak RM500k dilaburkan bagi mengubahsuai bangunan sedia ada berkenaan untuk keselesaan pelanggan.
"Kami mahu pelanggan melalui pengalaman pemilikan yang memuaskan dan akses servis yang lebih cepat.
"Misi kami adalah untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan setia KTM. Mereka akan kembali untuk menerima servis terbaik menerusi rancangan pengembangan perniagaan kami," katanya.
Pada tahun lalu, KTM CKD Malaysia telah menjual 3600 unit motosikal yang terdiri daripada model KTM Duke dan model baharu KTM RC yang mana model 200cc adalah penyumbang terbesar jualan.
Leave a Reply