• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Curi Motosikal Roda Tiga Sebab Penat Jalan Kaki

Curi Motosikal Roda Tiga Sebab Penat Jalan Kaki

June 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki di Thailand memberitahu polis yang dia mencuri sebuah kapcai Honda kerana terlalu penat berjalan kaki. Insiden melucukan itu dilaporkan berlaku di Songkhla, Thailand, 16 Mei lalu.

Menurut laporan, suspek, Kritsada Sakrawi, 46, mendakwa melihat motosikal roda tiga itu ditinggalkan bersama kunci di tepi jalan yang membuatkan dia membuat keputusan untuk mencuri.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menunggang motosikal Honda roda tiga di Airport-Lopburi Ramesuan Road pada 16 Mei lalu menuju ke Hat Yai.

Unit Pencegahan Kecurian Kenderaan Polis Hat Yai menahan suspek dan menemui semula motosikal berkenaan berikuta maklumat orang awam. Bagaimanapun, bahagian sisi motosikal (sidecar) sudah ditanggalkan.

Kapcai tersebut ditemui di depan sebuah syarikat bahan binaan di Hat Yai, iaitu tempat kerja suspek, dan siasaran polis mendapati suspek baru bekerja dua hari di situ.

Suspek mengaku mencuri ketika disoal siasat dengan mengatakan dia tiada kenderaan selain penat berjalan kaki.

Pada hari kejadian, suspek menunggang kapcai curi itu ke tempat rakan untuk menanggalkan bahagian sidecar sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja di Hat Yai. Kritsada kini berdepan pertuduhan mencuri dan menyimpan harta curi.

SUMBER: TheThaiger

Related

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Curi Motosikal, Kritsada Sakrawi, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my