• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Kedai Alat Ganti Kenderaan Rugi RM117k Diperdaya Penyamar Penjawat Awam

Pemilik Kedai Alat Ganti Kenderaan Rugi RM117k Diperdaya Penyamar Penjawat Awam

June 13, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pemilik kedai alat ganti di Kota Kinabalu, Sabah menanggung kerugian bernilai RM117,480 selepas terpedaya dengan tawaran membekalkan minyak hidraulik untuk jabatan Kerajaan.

Mangsa berumur 50 tahun itu mendakwa menerima pesanan melalui pesanan WhatsApp daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai jabatan Kerajaan dengan modus operandi memberi tender membekalkan minyak hidraulik kepada jabatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, suspek menyakinkan mangsa dengan menghantar dokumen pesanan kerajaan dan surat setuju terima.

Tetapi suspek memberikan nombor telefon pembekal hidraulik yang beralamat di Kota Marudu untuk memudahkan urusan mangsa disebabkan pembekal itu pernah membekalkan minyak hidraulik ke jabatan berkenaan," katanya.

Atas dasar percaya, mangsa menghubungi nombor berkenaan dan menempah 58 tong minyak hidraulik serta melakukan bayaran deposit berjumlah RM117,480 ke dalam akaun suspek selepas menerima invois melalui WhatsApp.

Mangsa juga dijanjikan minyak itu akan dihantar terus ke jabatan berkenaan. Bagaimanapun, apabila membuat semakan dengan jabatan itu, mangsa dimaklumkan tender berkenaan tidak wujud.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kota kinabalu, Pemilik Kedai Alat Ganti Terpedaya, Penjawat Awam, Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my