YAMAHA Motor Co. (Yamaha Jepun) memohon maaf kepada orang awam selepas syarikat itu tersenarai sebagai salah satu daripada lima pengeluar kenderaan terlibat dalam skandal pemalsuan maklumat di Jepun.
Sekumpulan pegawai Kementerian Darat, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun sudah melakukan pemeriksaan di ibu pejabat Yamaha Jepun di Iwata, Wilayah Shizuoka pada pagi Rabu minggu lalu.
Selain Yamaha Jepun, empat syarikat lain disiasat ialah Toyota Motor Corp., Mazda Motor Corp., Honda Motor Co. dan Suzuki Motor Corp.
Siasatan membabitkan Yamaha dibuat berhubung pemalsuan permohonan persijilan model yang diperlukan untuk pengeluaran skala besar-besaran motosikal.
Kumpulan penyiasat itu dipercayai melakukan pemeriksaan membabitkan butiran-butiran 'luar aturan' dan menjalankan temubual pegawai serta eksekutif syarikat berkenaan.
Jurucakap Yamaha Jepun berkata:
Kami memandang serius perkara itu dan amat kesal dengan perbuatan kami. Kami memohon maaf (kepada orang awam) kerana menghilangkan kepercayaan mereka."
Kementerian itu dijangka membuat keputusan sama ada mengenakan penalti pentadbiran dan perincian penalti menjelang akhir bulan ini.
3 MODEL YAMAHA TERLIBAT
- Yamaha YZF-R1: melakukan ujian paras bunyi dengan output enjin berbeza dengan apa yang sudah ditetapkan dalam peraturan.
- Yamaha YZF-R3 dan Yamaha T-MAX: pemalsuan ujian tekanan bunyi hon.
Pengeluaran untuk tiga model itu sudah dihentikan. Laporan menyatakan jumlah pengeluaran ketiga-tiga model menggunakan data palsu berjumlah kira-kira 7,500 unit.
Pecahan model terjejas adalah seperti berikut:
SUMBER: TopSpeed | Japan News
Leave a Reply