• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KPDN Semak Permohonan Tambahan Kenderaan Layak Subsidi Diesel

KPDN Semak Permohonan Tambahan Kenderaan Layak Subsidi Diesel

June 12, 2024 By Fikri Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyemak asas permohonan dan rayuan beberapa pihak mengenai penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel terdapat pihak mengemuka permohonan kepada KPDN untuk menimbang beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel bawah SKDS 2.0. 

Cadangan lain dikemukakan adalah meningkatkan kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 untuk kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres," katanya.

KPDN kini meneliti semua permohonan dan akan dipertimbang Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel yang dianggotai KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Jawatankuasa Raya akan mengemukakan cadangan bagi semua rayuan berkenaan bagi pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.

Pada Isnin lalu, harga seliter diesel di Semenanjung ditetapkan pada RM3.35 sebagai harga pasaran tanpa subsidi mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

SUMBER: Bernama

Related

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Armizan Mohd Ali, Diesel subsidi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my