• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Penunggang Motosikal Guna Lorong Kereta, Langgar Pengawal Tol di Juru

Video Penunggang Motosikal Guna Lorong Kereta, Langgar Pengawal Tol di Juru

June 11, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR di media sosial, video insiden seorang pengawal keselamatan di Plaza Tol Juru, Pulau Pinang dilanggar penunggang motosikal yang menggunakan laluan kereta.

Dalam hantaran video dimuat naik di laman X mummymikamalik, pengawal keselamatan itu datang dari arah pondok tol dan mahu melintas ke bangunan plaza tol di seberang. Dia kemudian berhenti menunggu pemandu yang juga pemilik dashcam berhenti sebelum mula melintas.

Namun, sebaik saja melepasi kereta pemandu, sebuah motosikal yang bergerak laju gagal mengelak hingga melanggar pengawal itu yang menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum dibantu beberapa penunggang motosikal lain dan orang awam di situ.

7/6/2024 : accident tol sungai dua. Haa siapa salah? Motor ke orang lintas? Bincangkan pic.twitter.com/IbIJEzSGZN

— Mummy Mika (@mummymikamalik) June 10, 2024

Insiden berlaku Jumaat lalu (7 Jun) dan pengawal keselamatan tersebut dilaporkan mengalami ceedera ringan. Video rakaman berkenaan juga sudah diserahkan kepada pihak Plaza Tol Juru untuk tindakan lanjut.

Penunggang motosikal sepatutnya menggunakan laluan yang disediakan di plaza tol dan bukannya laluan kereta kerana menggunakan laluan selain itu bukan saja mengancam keselamatan sendiri, tetapi juga orang lain.

Rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang tersebut kerana menjadi punca insiden berkenaan. Ada juga yang meminta pengawal keselamatan tersebut menyaman penunggang motosikal itu.

SUMBER: X @mummymikamalik

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, laluan motosikal, langgar pengawal tol, Plaza Tol Juru, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev