• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKNS Lancar Selangor International Race (SIR) 2024

PKNS Lancar Selangor International Race (SIR) 2024

June 11, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membuktikan komitmen Selangor dalam meningkatkan lagi sukan berbasikal negara dengan melancarkan Selangor International Race (SIR) 2024 yang bakal berlangsung pada 23 Jun nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata;

SIR bukan hanya menyediakan platform kepada pelumba basikal tempatan menonjolkan bakat mereka, malah menarik peserta luar negara untuk sama bersaing dalam acara berprestij ini."

“Selain itu, SIR turut memberi peluang kepada pemangkin ekonomi setempat apabila meningkatkan perbelanjaan pelancongan dalam pelbagai aspek seperti penginapan, makanan dan perkhidmatan lain."

Perlumbaan ini bakal menghimpunkan 1,000 pelumba yang terdiri dari 10 negara iaitu Malaysia, Great Britain, Jepun, Singapura, Brunei, Australia, Indonesia, Filipina, Bangladesh, dan Jerman.

SIR 2024 juga melibatkan laluan 145 kilometer bermula dari Bangunan Ibu Pejabat PKNS dan merentasi lebuh raya, laluan berbukit serta perbandaran PKNS. Justeru, perlumbaan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu profesional dan amatur dengan pelbagai kategori peringkat umur.

Sementara itu, terdapat 10 pasukan Malaysia telah mengesahkan penyertaan mereka dalam perlumbaan ini. Berikut antara pasukan daripada Malaysia:

  • Team Aquatwo Cyclomotion
  • Malaysia Pro Cycling Team
  • TSG Academy
  • MSN Terengganu
  • PDRM
  • ATM
  • Selangor State Cycling Team
  • Perak State Cycling Team
  • Putrajaya State Cycling Team
  • Gruppetto Propain

Bagi memeriahkan suasana, acara perlepasan peserta pula akan disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://selangorrace.com/

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selangor International Race (SIR) 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev