• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Škoda Kodiaq iV PHEV Boleh Pandu Guna Kuasa Elektrik Sehingga 120 KM, Tork Setinggi 350Nm!

Škoda Kodiaq iV PHEV Boleh Pandu Guna Kuasa Elektrik Sehingga 120 KM, Tork Setinggi 350Nm!

June 23, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Škoda Kodiaq sudah memasuki generasi kedua selepas diperkenal pada Oktober 2023. Bentuknya kekal seperti sebuah Škoda dan tampil lebih segar dan terkini.

Selain generasi baharu, Kodiaq turut membawakan rangkaian kuasa hibrid plug-in (PHEV) atau nama rasminya Kodiaq iV.

Teknologi itu telah ditawarkan pada kenderaan Škoda sejak pengenalan Octavia iV pada 2021.

Teknologi hibrid sebenarnya sudah banyak mengalami evolusi dan trend terkini ialah enjin hanya menjadi generator yang menjana tenaga elektrik atau menggerakkan roda bila perlu.

Trend hari ini juga menyaksikan pengeluar menawarkan model PHEV dengan jarak pemanduan elektrik melebihi 100 kilometer (km).

Maknanya dalam kegunaan seharian yang biasa, pemandu tidak semestinya menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sistem hibrid plug-in Kodiaq iV menggabungkan enjin 1.5 petrol turbo 150 ps dengan motor elektrik segerak magnet kekal yang menghasilkan 116 ps dan 330Nm.

Untuk menjadikan seluruh perkakasan trenpacuan sepadat mungkin, motor elektrik dipasang terus di dalam kotak gear DSG DQ400e dan diasingkan dari enjin dengan cekam.

Sama seperti trenpacuan generasi pertama, motor elektrik boleh menggerakkan kereta tanpa atau bersama enjin. Motor juga digunakan untuk menghidupkan enjin dan menggantikan alternator tradisional.

Untuk Kodiaq iV (lima tempat duduk), pemandu boleh menikmati perjalanan dengan kuasa elektrik sehingga 120.7 km.

Di antara faktor kepada pertambahan jarak berbanding generasi pertama ialah pek bateri lebih besar.

Kodiaq iV dipasang bateri 25.7 kilowatt-jam (kWJ) (19.7 kWj boleh guna) dan diletakkan di bawah kerusi belakang.

Bateri menyimpan tenaga untuk memacu motor elektrik dan mengumpul tenaga dari pembrekan regeneratif dan membekal tenaga untuk pemampat pemanas dan penyaman udara.

Lagi ciri bermanfaat yang diperkenal pada sistem PHEV generasi kedua ialah pengecasan lebih pantas.

Ciri-ciri Škoda Kodiaq iV:

  • Enjin 1.5 turbo petrol TSI 150 ps
  • Bateri 25.7 kWj (19.7 kWj bersih).
  • Pengecas pantas DC - pertama untuk model Škoda hibrid plug-in.
  • Kelajuan puncak sehingga 50 kW - Boleh dicas dari 10 - 80% sekitar 26 minit.
  • Soket CCS untuk kegunaan di pusat pengecasan pantas awam.
  • Pengecas AC dengan plag Type 2.
  • Kadar pengecasan maksimum AC ialah 11 kW - masa pengecasan sekitar 2 jam 30 minit.
  • Jarak pemanduan mod elektrik sehingga 120.7 km.
  • Kuasa sistem 204 ps, 350Nm.
  • Pecutan 0 - 100 kmj 8.4 saat.
  • Kelajuan maksimum 210 kmj.

Tiga mod pemanduan

  • E-mode: Pemanduan elektrik sahaja. Pemanduan dimulakan dengan mod elektrik sekiranya tenaga bateri mencukupi dan suhu luar melebihi 10°C (tidak aktif di bawah suhu ini).
  • Hybrid mod: Unit kawalan kenderaan sentiasa mengawasi keadaan pemanduan dan menyelaras penggunaan motor elektrik, enjin atau kedua-duanya sekali bagi meminimumkan penggunaan bahan api.
  • Sport mode: Tenaga semaksimum mungkin dari enjin dan motor elektrik. Turut dihubung secara terus dengan tetapan sport di dalam menu Driving Mode Select. Kuasa maksimum 204 ps dan 350Nm.

Varian dan harga (OTR UK 2024):

  • Kodiaq iV SE: GBP£41,935 (RM251,868).
  • Kodiaq iV SE: GBP£44,635 (RM268,085).
Škoda Kodiaq iV PHEV 2024.01
Škoda Kodiaq iV PHEV 2024.02
Škoda Kodiaq iV PHEV 2024.03
Škoda Kodiaq iV PHEV 2024.04
Škoda Kodiaq iV PHEV 2024.05
Škoda Kodiaq iV PHEV 2024.06
Škoda Kodiaq iV PHEV 2024.07
Škoda Kodiaq iV PHEV 2024.08

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kodiaq iV PHEV, PHEV, ŠKODA, Skoda Kodiaq

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev