• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Faktor Mengapa Porsche Macan EV Begitu Cekap Dalam Pengecasan

#TahukahAnda: Faktor Mengapa Porsche Macan EV Begitu Cekap Dalam Pengecasan

June 23, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Porsche Macan boleh dijadikan pilihan untuk mereka yang merasakan Cayenne terlalu besar. Macan juga boleh menjadi pilihan buat pelanggan yang mahu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik kerana model terbaru (2024) tidak dibuat dalam enjin pembakaran dalaman (ICE).

Pengenalan Macan elektrik satu langkah strategik dalam penukaran model utama Porsche kepada kenderaan elektrik (EV) sebelum disusuli model lain. Satu keputusan berani memandangkan Macan di antara model terlaris Porsche selain Cayenne.

Porsche dikenali sebagai jenama prestasi dan begitu teknologi pengecasan pada Macan. Proses pengecasan Macan boleh digambarkan sebagai pertalian di antara mesra pengguna dan kelajuan.

Sama seperti Taycan, Macan menggunakan motor elektrik segerak kekal (PSM) dan teknologi 800 volt (V) yang bukan sahaja menyumbang kepada prestasi tinggi tetapi juga untuk mengoptimumkan masa pengecasan.

Teknologi 800 V satu yang hangat sekarang dan setakat ini kebanyakannya dilengkapi pada EV 'kelas atasan'.

Bak kata Pengarah Projek Sistem Tenaga siri Macan, Tomas Gajdos, voltan lebih tinggi mempertingkatkan prestasi pengecasan.

"Voltan lebih tinggi mempertingkatkan prestasi dan mengurangkan kehilangan pengecasan selain mengekalkan berat yang rendah sesebuah kenderaan." terang beliau.

Ciri-ciri bateri dan pengecasan Porsche Macan 2024

  • Model Porsche pertama dari Pelantar Elektrik Premium (PPE) yang dibangunkan dengan kerjasama Audi.
  • Teknologi 800 V, kapasiti pengecasan sehingga 270kW.
  • Macan 4 dan Macan Turbo dilengkapi sebuah bateri litium-ion dengan tenaga bersih 95 kWj. Taycan menggunakan dua bateri.
  • Bateri direka untuk prestasi dan kecekapan dan mengandungi sel dengan keseimbangan di antara ketumpatan kuasa, kandungan kuasa, kemampanan dan tempoh guna (service life).
  • Bateri mempunyai 12 modul dengan setiap satu mengandungi 12 sel prismatik. Modul dan beberapa lagi perkakasan penting boleh diganti secara berasingan.
  • Pengecasan AC 11 V.
  • Pengecasan pantas 10 - 80% sekitar 21 minit (bergantung kepada jenis pengecas, suhu dan kadar baki bateri/SoC).
  • Di pusat pengecasan 400V, perisian memisahkan bateri 800 V kepada dua menggunakan voltan sama (400/400) hasil dari penggunaan pemisah voltan tinggi terbina dalam.
  • Kedua-duanya boleh dicas serentak sehingga 135kW di stesen pengecasan 400V tanpa memerlukan tambahan penggalak Voltan Tinggi (HV) - Boleh digunakan di stesen pengecasan serata dunia.
  • Jika diperlukan, SoC kedua-dua bateri akan dijajarkan sebelum dicas serentak.
  • Plet penyejukan dipasang pada perumah bateri.
  • Pada musim sejuk, perkakasan voltan tinggi seperti bateri dipanaskan mengikut keperluan melalui pemanas voltan tinggi bersepadu.
  • Perkakasan tiga dalam satu; Kotak Kuasa Bersepadu Porsche (IPB) dengan paten telah didaftarkan oleh Porsche.
  • IPB menyatukan tiga perkakasan; pengecas AS terbina dalam, pemanas voltan tinggi dan penukar 12 V DC kepada DC.
  • IPB hanya seberat 19 kg dan dipasang di antara kerusi belakang dan bateri bagi menjimatkan ruang.
  • Tiga port pengecasan; DC pada sisi kiri dan dua AC pada kedua-dua sisi.

Proses pengecasan pintar

  • Diringkaskan untuk kesenangan pemandu.
  • Sistem paparan pintar yang memaparkan dengan jelas maklumat seperti status pengecasan, baki tempoh pengecasan dan julat arus.
  • Mod Penjagaan Bateri baharu untuk mengoptimumkan tempoh guna bateri - kadar pengecasan ditetapkan pada 80 peratus.
  • Aplikasi My Porsche membolehkan pengguna mengurus dan mengawasi proses pengecasan dari jauh.
  • Aplikasi dan kawalan masa di dalam Macan membolehkan pengecasan dibuat pada waktu malam ketika kos tenaga elektrik lebih rendah.
  • Pemandu juga boleh memilih masa untuk pra terma (suhu awal) atau tetapan waktu pengecasan penuh.

Prestasi Macan Turbo:

  • 470 kW (639 ps), 1,130Nm.
  • 0 - 100 kmj: 3.3 saat
  • Kelajuan maksimum: 260 kmj.
  • Jarak pemanduan: 591 km (WLTP).

Prestasi Macan 4:

  • 300 kW (408 ps), 650Nm.
  • 0 - 100 kmj: 5.2 saat
  • Kelajuan maksimum: 220 kmj.
  • Jarak pemanduan: 613 km (WLTP).

Porsche Macan 2024 - Teknikal:

Porsche Macan 2024 - Technical.01
Porsche Macan 2024 - Technical.02
Porsche Macan 2024 - Technical.03
Porsche Macan 2024 - Technical.04
Porsche Macan 2024 - Technical.05
Porsche Macan 2024 - Technical.06
Porsche Macan 2024 - Technical.09
Porsche Macan 2024 - Technical.07
Porsche Macan 2024 - Technical.08
Porsche Macan 2024 - Technical.10
Porsche Macan 2024 - Technical.11

Porsche Macan Turbo 2024:

Porsche Macan Turbo 2024.01
Porsche Macan Turbo 2024.02
Porsche Macan Turbo 2024.06
Porsche Macan Turbo 2024.07
Porsche Macan Turbo 2024.05
Porsche Macan Turbo 2024.04
Porsche Macan Turbo 2024.03

Porsche Macan 4 2024:

Porsche Macan 4 2024.01
Porsche Macan 4 2024.06
Porsche Macan 4 2024.07
Porsche Macan 4 2024.05
Porsche Macan 4 2024.02
Porsche Macan 4 2024.04
Porsche Macan 4 2024.03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, Porsche, Porsche Macan, Porsche Macan 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev