• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Premium Insurans Kini Boleh Bayar Ansuran di Puspakom!

Premium Insurans Kini Boleh Bayar Ansuran di Puspakom!

June 5, 2024 By Syafie Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUSAT Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) memperkenalkan kaedah pembayaran lebih fleksibel dengan menawarkan pembayaran premium insurans secara tiga kali ansuran menerusi Atome apabila memperbaharui insurans di agensi itu.

Tawaran itu boleh dibuat di semua 54 cawangan Puspakom seluruh negara, termasuk ibu pejabat yang berlokasi di Wisma DRB-HICOM, Shah Alam, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata;

Kaedah pembayaran ansuran ini dapat meringankan beban orang ramai khususnya pemilik kenderaan apabila memperbaharui insurans kenderaan mereka dengan Puspakom tanpa menjejaskan perlindungan dan tiada caj tambahan dikenakan.”

Berikut empat langkah mudah memperbaharui insurans di Puspakom.

  • Dapatkan sebut harga percuma daripada Puspakom menerusi https://www.puspakom.com.my/motor-insurance-renewal-2/
  • Pilih pelan insurans mengikut kesesuaian.
  • Kunjungi mana-mana cawangan, termasuk ibu pejabat Puspakom.
  • Muat turun dan bayar melalui aplikasi Atome (dapat diskaun RM15 bagi pengguna baru dan transaksi pertama).

Puspakom juga menjadi pusat sehenti dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan lain, sekali gus membantu menjimatkan masa pelanggan dalam menguruskan kenderaan mereka.

Maklumat lanjut boleh hubungi 03-2052 7463 atau e-mel [email protected].

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ansuran Premium Insurans, Atome, Auto Terkini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev