• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Paten Model Eliminator, Versys Guna Trenkuasa Hibrid

Kawasaki Paten Model Eliminator, Versys Guna Trenkuasa Hibrid

June 6, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

KAWASAKI Jepun sedang membangunkan dua model motosikal hibrid baharu selepas pengenalan sportbike Ninja 7 Hybrid dan naked bike Z7 Hybrid. Dua model baharu itu dipercayai jenis cruiser Eliminator dan touring Versys.

Perkara itu terdedah menerusi dokumen permohonan paten yang difailkan syarikat itu. Paten menunjukkan Kawasaki merancang membuat perubahan susun atur untuk menempatkan dua pakej trenkuasa dalam casis motosikal.

Versys Hybrid
Eliminator Hybrid

Untuk Ninja 7 Hybrid dan Z7 Hybrid, Kawasaki menyelesaikan masalah ruang itu dengan memasang bateri hibrid dan elektronik berkaitan di dalam sebuah kotak yang diposisikan di bawah tempat duduk penunggang.

Ini membolehkan Kawasaki mengekalkan tangki minyak dan kotak udara konvensional di atas enjin manakala motor elektrik yang memacu motosikal dalam mod hibrid dan elektrik penuh ditempatkan di atas sistem transmisi.

Untuk model Versys dan Eliminator, paten menunjukkan Kawasaki bercadang menggunakan enjin asal 451cc dwi-silinder selari dengan tambahan motor elektrik di atas kotak gear iaitu sama seperti Ninja 7 dan Z7 Hybrid.

Tangki minyak Eliminator
Tangki minyak Versys

Bateri Versys dan Eliminator dipindahkan dari bawah pelana ke bahagian atas kepala silinder enjin dan kotak angin dipasang dibelakangnya. Ini membolehkan Eliminator mengekalkan sifat lebih rendah (low-slung) manakala Versys mendapat tambahan ruang untuk jarak travel suspensi lebih panjang.

Perubahan penting lain ialah komponen tangki minyak. Paten Eliminator Hybrid menunjukkan penggunaan dua tangki plastik (disambung menggunakan tiub) yang diikat di sebelah kiri dan kanan frem trelis. Versys hybrid pula menggunakan satu tangki minyak dan dipasang di atas bateri.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kawasaki Eliminator Hybrid, Kawasaki Versys Hybrid, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev