• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Kena Pandu Macam Wanita untuk Kurangkan Kadar Kematian Jalan Raya

Lelaki Kena Pandu Macam Wanita untuk Kurangkan Kadar Kematian Jalan Raya

June 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH persatuan keselamatan jalan raya di Perancis menggesa orang awam 'memandu seperti seorang wanita' untuk mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya.

Persatuan Victimes & Citoyens (Victims & Citizens) turut melancarkan kempen menyangkal stereotaip lelaki sebagai kumpulan pemandu yang lebih baik berbanding wanita.

Persatuan itu menggunakan data Observatori Keselamatan Jalan Raya Negara Antara Kementerian Perancis 2022-2023 (National Interministerial Road Safety Observatory 2022-2023) dan kajian lain yang memaparkan statistik seperti berikut:

  • Wanita merangkumi 42 peratus pengguna utama kereta.
  • Kajian pertubuhan sosial TNS Sofres pada 2012 menunjukkan pemandu wanita memandu 11,200km setahun, iaitu hampir sama dengan lelaki 12,500km.
  • 84 peratus kematian maut disebabkan lelaki.
  • 88 peratus pemandu muda maut ialah lelaki.
  • 93 peratus pemandu mabuk terlibat dalam kemalangan ialah lelaki.
  • 84 peratus lesen ditarik balik membabitkan lelaki.
  • 78 peratus orang terbunuh di jalan raya ialah lelaki.
  • 75 peratus orang parah dalam nahas jalan raya ialah lelaki.
  • 22 peratus terkorban di jalan raya ialah wanita, dan daripada jumlah itu, 26 peratus ialah penumpang wanita.

Victimes & Citoyens juga mendakwa nisbah wanita terlibat dalam nahas maut adalah lapan kali ganda lebih rendah berbanding lelaki. Malah wanita juga dikatakan kurang melakukan kesalahan jalan raya, terutama kesalahan berat.

Laporan Kerajaan Perancis mendedahkan, 3,550 orang maut di jalan raya di negara itu sepanjang 2022. Menurut laman web persatuan itu;

Apabila kita melihat pada angka itu, ia jelas. Untuk terus bernyawa di sebalik roda, perkara terbaik dilakukan orang lelaki ialah ikut tingkah laku sama seperti wanita."

"Secara statistik, memandu seperti seorang wanita membawa satu maksud - terus bernyawa."

Di Amerika Syarikat (AS), Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS) mendakwa jumlah lelaki maut dalam nahas jalan raya adalah lebih dua kali ganda berbanding wanita untuk hampir setiap tahun, antara 1975 dan 2021.

IIHS berpendapat, perkara itu mungkin disebabkan:

  • Lelaki memandu dalam jumlah jarak lebih tinggi berbanding wanita.
  • Lelaki lebih mudah terlibat dengan aktiviti pemanduan berisiko seperti memandu laju, tidak memakai tali keledar dan berada bawah pengaruh alkohol.

SUMBER: Victims & Citizens | Business Insider

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS), Isu Keselamatan Jalan Raya, National Interministerial Road Safety Observatory 2022-2023, Observatori Keselamatan Jalan Raya Negara Antara Kementerian Peranci, TNS Sofres, Victimes & Citoyens (Victims & Citizens)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev