• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Satu-Satunya Ferrari Enzo Rosso Dino dengan Kondisi 'Serba Bergetah', RM16 Juta Sahaja!

Inilah Satu-Satunya Ferrari Enzo Rosso Dino dengan Kondisi 'Serba Bergetah', RM16 Juta Sahaja!

May 7, 2017 By Han Othman 1 Comment

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH satu-satunya Ferrari Enzo yang dicatkan dalam warna oren unik dengan nama khas, Rosso Dino. Kini supercar itu baru saja dimasukkan dalam senarai jualan Ferrari of Newport Beach pada harga bukaan AS$3.7 juta (RM16.05 juta).

Ferrari Enzo yang mahu dijual tersebut ialah model 2003, manakala warna Rosso Dino itu pula warna asal yang diminta dicat oleh si tuan punya kereta. Faktanya, jenis warna itu - Rosso Dino - bukanlah baharu kerana memang sudah ada lama ada dalam katalog warna Ferrari. Apa yang membuatkan ia rare adalah itulah satu-satunya Enzo Rosso Dino!

SEPERTI BAHARU KELUAR KEDAI

Sepanjang 14 tahun lalu, supercar berkenaan sudah dipandu sejauh 5,811km dan hanya ada dipunyai seorang pemilik. Selain cat badan oren, supercar itu juga ada sedikit campuran merah. Pada pandangan kasar atau orang biasa, anda mungkin mungkin nampak sama saja. Sebaliknya, percikan merah itu datang daripada jenis warna yang sinonim dengan Ferrari, Rosso Corsa.

Menurut jurujual, kondisi Enzo berkenaan jelas menunjukkan kereta itu sangat dijaga rapi oleh pemilik terdahulu. Berdasarkan imej, jentera itu seakan sangat jarang atau tidak pernah digunakan. Malah, keadaan enjin kelihatan hampir tidak pernah disentuh dan bebas daripada sebarang kotoran dan kelusuhan. Bahagian dalaman pula nampak bersih, kemas dan cantik dengan kerusi kulit hitam tampak segar. Begitu juga dengan kemasan gentian karbon dan aluminium.

Sama seperti Enzo lain dalam tahun sama, supercar tersebut dikuasakan enjin aspirasi natural (NA) 6.0L V12 dengan kuasa 651hp pada 7,800hp dan tork 658Nm, 5,500rpm. Rasanya berbaloi tak dengan harga lebih RM16 juta?

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ferrari, Ferrari Enzo, Ferrari Enzo Rosso Dino, Ferrari rare untuk dijual, Roda4, Rosso Dino

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my