PEMILIK kenderaan sifar emisi (ZEV) akan dikenakan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bermula 1 Januari 2026.
Kadar yang dikenakan itu secara purata adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar fi sedia ada. Malah cukai jalan untuk ZEV jauh lebih rendah berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Perkara itu dinyatakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media pengumuman cukai jalan ZEV di Putrajaya, tengah hari tadi.
Loke berkata;
Kadar fi LKM baharu akan disemak semula sekurang-kurangnya setiap lima tahun sekali bagi memastikan keberkesanan dalam mencapai objektif peralihan kepada ZEV dan impak kepada hasil Kerajaan."
ZEV merangkumi kenderaan jenis bateri elektrik penuh (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).
Sebagai makluman, Kerajaan mengecualikan cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV) bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025.
Tambah beliau;
Kadar fi ditetapkan berdasarkan kepada kuasa motor elektrik. Kadar fi akan meningkat selaras kenaikan kuasa motor elektrik.
"Secara am, peningkatan kuasa motor elektrik akan mewakili peningkatan dalam harga belian, saiz, segmen dan berat kenderaan.
"Peningkatan secara progresif mengikut setiap peningkatan kuasa motor elektrik akan mengelakkan peningkatan kadar fi LKM secara mendadak daripada satu kumpulan kepada kumpulan seterusnya."
Berikut jadual kadar fi cukai jalan mengikut blok kuasa motor elektrik.
Ini pula senarai harga cukai jalan untuk kenderaan ZEV popular:
Leave a Reply