Matlamat utama dalam penggalakan kenderaan berteknologi elektrik ialah kelestarian alam sekitar.
Ruang lingkup alam sekitar memang besar dan tidak cukup dengan rangkaian kuasa sahaja. Dari situ negara dan pengeluar bergerak ke arah neutral karbon.
Kesannya boleh dilihat apabila pengeluar menggunakan perkakasan yang lebih lestari sebagai contoh plastik kitar semula. Kaedah pembuatan juga lebih mesra alam.
Terbaru Hyundai Motor Company dan Kia Motors memaklumkan kejayaan dalam pengeluaran besar-besaran teknologi acuan komposit bebas cat.
Produk yang dihasilkan mempunyai kemasan atau permukaan yang licin dan kuat tanpa perlu melalui proses mengecat seperti biasa.
Kaedah pengeluaran itu digunakan buat kali pertama dalam menghasilkan spoiler bumbung van elektrik Hyundai ST1 Cargo.
Teknologi pengacuan komposit bebas cat adalah kaedah pengeluaran generasi baharu yang menggunakan bahan komposit plastik bagi menghasilkan perkakasan luar kenderaan tanpa cat tambahan.
Satu ciri utama kaedah ini ialah memaksimumkan kesan pengurangan pelepasan karbon semasa proses pengeluaran dengan menggunakan bahan mentah berwarna bersama lapisan lutsinar dan lapisan berwarna bagi menggantikan proses pengecatan biasa.
Kaedah dan faedah teknologi acuan komposit bebas cat
Kaedah:
- Bahan mentah berwarna dipanas dan dilembutkan.
- Diletakkan di dalam acuan untuk menghasilkan produk akhir sebagai contoh spoiler bumbung.
- Poliuretana dan gentian kaca dimasukkan di dalam acuan dan ditekan sekali lagi ke dalam acuan untuk menyiapkan produk akhir.
Faedah:
- Kaedah sebelum ini memerlukan kerja-kerja menggosok dan mengecat untuk menghasilkan spoiler bumbung.
- Kilang mengecat badan merupakan bahagian terbesar yang menggunakan tenaga di dalam proses pengeluaran kereta iaitu sebanyak 40%.
- Dari segi mutu, kaedah ini mampu menghasilkan kilatan tinggi berbanding teknik pengecatan biasa selain warna yang sekata.
- Warna asal kekal apabila berlaku kerosakan pada perkakasan.
- Bahan komposit yang digunakan lebih daripada 20% lebih ringan daripada Plastik Bertetulang Gentian (FRP) berbanding kaedah pembuatan spoiler bumbung sedia ada.
- Lebih ringan bermakna kecekapan dapat ditingkatkan.
Hyundai dan Kia percaya teknologi bahan komposit tidak bercat mempunyai keanjalan acuan yang tinggi dan boleh dibuat dalam pelbagai warna dan boleh digunakan pada perkakasan lain yang memerlukan jumlah kecil.
Pembangunan teknologi bahan komposit akan diteruskan lagi termasuk menggunakannya untuk pengeluaran perkakasan seperti panel hud.
Kaedah pengeluaran:
Spoiler bumbung Hyundai ST1 Cargo:
Leave a Reply