• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengeluar China Guna Robot AI Manusia Hasilkan Kenderaan Komersial

Pengeluar China Guna Robot AI Manusia Hasilkan Kenderaan Komersial

June 4, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan komersial China, Dongfeng Liuzhou Motor menggunakan khidmat robot manusia (humanoid robot) untuk kerja pemasangan di fasiliti syarikat itu di wilayah Guangxi.

Dongfeng Liuzhou Motor ialah subsidiari Dongfeng Motors.

Menurut laporan, robot dengan ketinggian 1.7 meter itu dinamakan Walker S dan dibekalkan firma China, Ubtech Technology.

Walker S akan melakukan beberapa tugasan seperti memeriksa tali keledar, menguji kunci pintu, memeriksa kualiti badan kenderaan, mengisi minyak dan menampal label.

Selain itu, robot itu juga boleh melakukan tugasan lebih rumit.

Portal IThome melaporkan, robot manusia itu dilengkapi 41 sendi servo prestasi tinggi dan beberapa sensor termaju untuk daya penglihatan, pendengaran dan keupayaan persepsi penggunaan tekanan.

Ciri itu membantu robot itu memantau kawasan sekeliling dan berinteraksi dengan individu dan mesin.

Walker S menggunakan algoritma kawalan lakur termaju yang membolehkan robot itu berkomunikasi dengan sistem pusat kilang dan pemindahan data pada masa nyata.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Dongfeng Liuzhou Motor, DONGFENG Motors, Roda4, Walker S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev