• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Futa All-Road 2024, Basikal Kerikil Elektrik untuk Kayuhan Off-Road

Ducati Futa All-Road 2024, Basikal Kerikil Elektrik untuk Kayuhan Off-Road

June 30, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SETIAP kali khabar mengenai Ducati disiarkan, jarang hal enjin ditinggalkan. Kali ini bukan mengenai Desmosedici, Testasretta atau beberapa enjin lain tetapi pasal enjin elektrik!

Ducati memperkenalkan basikal kerikil elektrik (gravel e-bike), Futa All Road, yang dibina berasaskan basikal jalan raya elektrik (road e-bike).

Walaupun nampak sama seperti basikal jalan raya, tetapi basikal kerikil secara umum ada perbezaan pada hendal dan tayar.

Ducati Futa All Road direka untuk kayuhan jauh atas jalan raya berturap (asfal) dan juga permukaan jalan bertanah (off-road). Motor elektrik membantu kayuhan, terutama di laluan mendaki dengan geometri frem daripada jenis sport enduran.

Sama seperti basikal jalan raya Futa AXS, motor elektrik diletakkan dalam hab dan bateri dalam tiub frem bawah (down tube). Berikut perincian basikal kerikil elektrik ini:

  • Penampilan diserlahkan dengan permukaan karbon terdedah bersama liveri merah GP.
  • Frem monokok gentian karbon UD (searah/unidirectional) untuk ciri aerodinamik dan kelajuan tanpa mengorbankan keselesaan. Model saiz M memiliki berat 12.4kg.
  • Frem belakang (rear stay) kompak dengan sarung (sheaths) direndahkan untuk memberikan keselesaan dan mengurangkan rintangan aerodinamik.
  • Enjin atau motor yang diletakkan dalam hab belakang daripada model FSA System HM 1.0 dengan 250W dan tork 42Nm.
  • Ada lima tahap bantuan kayuhan. Apabila kayuhan melebihi 25kmj, bantuan dihentikan seperti ditetapkan dalam peraturan Eropah.
  • Bateri daripada FSA memiliki kapasiti 250Wh (watt-jam). Pelanggan boleh mendapatkan ekstender jarak 250Wh untuk kayuhan lebih jauh.
  • Set gear basikal daripada SRAM Rival eTap AXS dengan tukaran gear elektronik tanpa wayar.
  • Rim gentian karbon jenis Vision AGX 30 dan brek cakera hidraulik 160mm.
  • Hendal karbon FSA K-WING AGX direka khas untuk kayuhan kerikil. Bahagian penting hendal (contact point) direka untuk ergonomik lebih baik.
  • Keselesaan dan kesenangan kayuhan dibantu bengkokan depan 10° untuk pergelangan tangan lebih natural dan posisi siku lebih lebar yang membantu pernafasan.
  • Bentuk hendal melengkung meningkatkan kawalan dan aerodinamik.
  • Pelana daripada Selle Italia SLR Boost tanpa kabel terdedah.
  • Memudahkan kayuhan atas permukaan asfal dan off-road ialah tayar Vittoria Terreno Dry saiz 38mm di depan dan 35mm (belakang).

Ducati turut menawarkan beg hendal, frem dan pelana kalis air. Ducati Futa All Road 2024 ditawarkan dalam empat saiz S-XL (53-59), manakala harga tidak dinyatakan. Sebagai rujukan, Ducati Futa AXS dijual pada harga €7,690 (RM39,160).

ducati-futa-all-road-2024-3
ducati-futa-all-road-2024-1
ducati-futa-all-road-2024-2
Ducati Futa All Road 2024.03
Ducati Futa All Road 2024.04
Ducati Futa All Road 2024.01
Ducati Futa All Road 2024.02
ducati-futa-all-road-2024-14
ducati-futa-all-road-2024-5
ducati-futa-all-road-2024-16
ducati-futa-all-road-2024-13
ducati-futa-all-road-2024-8
Ducati Futa All Road 2024.05
ducati-futa-all-road-2024-12
ducati-futa-all-road-2024-6
ducati-futa-all-road-2024-15
ducati-futa-all-road-2024-10
ducati-futa-all-road-2024-7
ducati-futa-all-road-2024-11
ducati-futa-all-road-2024-4
ducati-futa-all-road-2024-9

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Futa All Road, Ducati Futa All-Road 2024, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev