• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bentley Tawar Lebih Sedozen Warna Satin yang Ambil Masa 55 Jam untuk Siap!

#TahukahAnda: Bentley Tawar Lebih Sedozen Warna Satin yang Ambil Masa 55 Jam untuk Siap!

June 30, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SIAPA kata pelanggan kereta ultra mewah hanya sukakan warna asas seperti hitam, putih atau perak. Ada juga yang mahukan warna berbeza dan pengeluar seperti Bentley misalnya, menawarkan khidmat tempahan khas Mulliner.

Terbaharu, Bentley menawarkan warna satin khas hingga 15 pilihan berikutan permintaan pelanggan yang mahukan lebih banyak pilihan.

Sekali pandang seperti balutan (wrap) badan, tetapi kerja mengecat mengambil masa hingga 55 jam (lebih dua hari), daripada hasil kerja tangan pasukan juruseni di Pusat Kecemerlangan untuk Cat Buatan Khas.

Proses mengecat bermula dengan:

  • Badan berwarna kilat digosok dengan tangan, dibersihkan, dan ditutup.
  • Kemudian beberapa lakuer jernih disembur dengan tangan dalam dua tahap bagi mendapatkan hasil sempurna.
  • Setiap kereta diperiksa dan diluluskan kakitangan kualiti pengeluaran bebas bagi memastikan setiap panel melebihi jangkaan pelanggan.

Pada masa akan datang, kerja mengecat warna satin akan dibuat di kilang cat baharu Bentley yang bakal siap pada 2025.

Keunikan warna satin adalah tindak balas pada partikel cahaya dengan sebaran merentasi permukaan kereta berbanding pantulan seperti warna kilat.

Ciri itu menonjolkan garis badan kereta yang berbeza daripada warna kilat. Perhatikan gambar diberi, alur atau garis badan lebih jelas dilihat.

2023 melakar rekod buat Mulliner apabila 75 peratus pelanggan Bentley memilih menambah spesifikasi dan ciri sedia ada.

Semua 15 warna satin ditawarkan bagi setiap produk Bentley, iaitu Continental GT, Continental GT Convertible, Bentayga, BentaygaExtendedWheelbase danFlyingSpur. Warna satin juga ditawarkan pada model baharu Mulliner Batur Convertible.

Senarai Warna Satin Bentley:
  • Anthracite Satin
  • Royal Ebony Satin
  • Storm Grey Satin
  • Light Sapphire Satin
  • Sequin Blue Satin
  • Topaz Blue Satin
  • Orange Flame Satin
  • Alpine Green Satin
  • British Racing Green Satin
  • Candy Red Satin
  • Cricket Ball Satin
  • Extreme Silver Satin
  • Light Grey Satin
  • Arctica Satin
  • Old English White Satin

Berbanding warna lazim seperti hitam atau putih, pilihan warna satin yang terang dan unik membangkitkan watak ceria dan terbuka si hartawan!

Bentley satin paint 2024.01
Bentley satin paint 2024.02
Bentley satin paint 2024.03
Bentley satin paint 2024.04
Bentley satin paint 2024.05
Bentley satin paint 2024.06
Bentley satin paint 2024.07
Bentley satin paint 2024.08
Bentley satin paint 2024.09

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Bentley, Mulliner, tahukah anda, Warna Satin Bentley

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev