• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lembaga Siasatan Dedah Punca Utama Nahas Helikopter TLDM di Lumut

Lembaga Siasatan Dedah Punca Utama Nahas Helikopter TLDM di Lumut

May 30, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


LEMBAGA Siasatan bagi insiden helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pengkalan TLDM Lumut, Perak pada 23 April lalu mendapati kedua-dua helikopter berkenaan tidak mengalami masalah teknikal.

Dalam insiden bulan lalu itu, 10 pegawai dan anggota TLDM maut dalam Helikopter Operasi Maritim AW139 dan Fennec ketika raptai Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, pesawat AW139 tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan laporan kotak hitam.

Pesawat Fennec juga tidak mengalami sebarang masalah teknikal berpandukan analisis visual dan bunyi serta dokumentasi. Kerja penyelenggaraan kedua-dua pesawat sudah disahkan mengikut prosedur dan rutin ditetapkan kilang pengeluar asal (OEM).

Sampel minyak,pelincir dan bahan api sudah diperiksa dan disahkan normal daripada pihak Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)."

Abdul Rahman berkata, keadaan cuaca pada hari insiden baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan, manakala laporan analisis kotak hitam pesawat AW139 digunakan untuk membantu siasatan.

Pesawat Fenec pula, pembuktian profil penerbangan melalui simulasi penerbangan menggunakan pesawat sebenar dengan merujuk kerjasama, kepakaran dan pandangan daripada pihak OEM, Leonardo Helicopter dan Airbus Helicopter bagi membantu siasatan.

Selepas siasatan dibuat secara mendalam, Lembaga Siasatan mendapati laporan autopsi mengesahkan tiada isu hipoglisemia atau unsur keletihan terhadap semua kru udara, termasuk tiada penggunaan bahan terlarang.

Tiada unsur 'mental illness' direkodkan atau dikenal pasti. Semua kru udara terlibat disahkan secara perubatan sebagai fit-to-fly.

"Kematian semua 10 mangsa adalah berpunca daripada pelbagai kecederaan akibat nahas penerbangan."

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, helikopter AW139, helikopter Fennec, Pesawat TLDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my